≡ Menu

Hentikan Pergerakan Dengan Segera, 117 Kes Direkodkan Hari Ini


KUALA LUMPUR: Sebanyak 117 kes baharu COVID-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini, dengan 80 daripadanya berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

KKM turut mengesahkan 11 kes jangkitan COVID-19 sudah pulih dan dibenarkan untuk keluar hospital hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata peningkatan kes baharu itu itu menjadikan jumlah kumulatif kini kepada 790 kes.

“Sehingga kini, sebanyak 15 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhannya pesakit yang discaj adalah 60 kes, termasuk 11 yang baharu pulih.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kes mengikut negeri menunjukkan Selangor mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 192, diikuti Kuala Lumpur dan Putrajaya (119), Sabah (103), Johor (88), Sarawak (49), Negeri Sembilan (45), Kedah (36), Pulau Pinang (30), Kelantan (30), Pahang (29), Perak (28),Melaka (18), Terengganu (10), Perlis (8) dan Labuan (8).

BACA:  Jangan Sesekali Buat Perkara Ini Semasa Berdoa. Nabi Sudah Melarangnya

Dr Adham meminta orang ramai yang tidak sihat supaya segera berhubung dengan Virtual Health Advisory atau talian Program Celik Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR) yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di negara ini boleh diperoleh menerusi saluran telegram CPRC KKM iaitu https://t.me/cprckkm.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperoleh dan akan memaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula hari ini, Dr Adham berkata, semua negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diwartakan sebagai kawasan tempatan jangkitan.

Beliau berkata, ia selaras peruntukan mengikut Seksyen 11 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sehubungan itu, katanya, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 digubal dan diwartakan.

BACA:  Betulkah Minyak Ikan Boleh Merawat Ekzema?? Baca Kajian Ini

“Peraturan ini menjelaskan perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh orang awam berkaitan dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.

“Individu yang melanggar peruntukan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7(1) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjarakan sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

Selain itu, katanya, sepanjang perintah kawalan pergerakan itu juga pelawat tidak dibenarkan masuk ke wad hospital kecuali bagi kes kecemasan dan sangat memerlukan.

Tambah beliau, seorang peneman saja dibenarkan semasa temu janji klinik kecuali untuk pesakit kanak-kanak atau pesakit yang memerlukan bantuan dan kes kecemasan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel