≡ Menu

Terkini, Plaza Tol Ebor Ditutup Ekoran Kakitangan Dijangkiti COVID-19


 

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengesahkan seorang kakitangannya di Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk), disahkan positif COVID-19.

Menerusi satu kenyataan hari ini, syarikat konsesi lebuh raya itu, memaklumkan kakitangan berkenaan yang bertugas sebagai pembantu khidmat pelanggan, ketika ini dirawat di sebuah pusat perubatan kerajaan.

Serentak itu, PLUS telah mengarahkan semua kakitangannya yang mempunyai hubungan rapat dengan petugas terbabit supaya menjalani pemeriksaan dan saringan kesihatan serta dikuarantin.

BACA:  10 Hadis Beratnya Hutang. No. 5 Tu Memang Menakutkan.

Pada masa sama, Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) menghala ke Lebuhraya ELITE akan ditutup sementara mulai tengah malam ini hingga 11:59 malam esok untuk kerja-kerja sanitasi dan pembersihan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“PLUS memberi jaminan bahawa kerja-kerja nyahkuman dan pembersihan diadakan di plaza tol terbabit.

“Pelanggan dari Shah Alam, Batu Tiga serta kawasan sekitar yang menghala ke KLIA, Putrajaya dan selatan dinasihatkan memasuki Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Shah Alam atau Plaza Tol Seafield sepanjang tempoh penutupan,” kata syarikat berkenaan.

BACA:  Ayuh, Gantikan berus gigi dengan KAYU SUGI!! Faedah Bersugi Dalam Islam

PLUS juga menasihatkan semua pengguna lebuh raya supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan dalam usaha menangani jangkitan COVID-19, termutama menerusi penjarakan sosial dan mengelakkan tempat-tempat sesak.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel