≡ Menu

Rakyat Malaysia Kena Berdisiplin Patuhi Arahan Kerajaan. Indonesia Sudah 19 Kematian, Tapi Masih Belum Lockdown.


Indonesia masih menetapkan pendekatan perbatasan sosial dalam mengawal penularan virus Covid-19, di negara berpenduduk lebih 270 juta itu, sekalipun jumlah yang meninggal dunia akibat virus itu kini mencecah 19 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata kes positif setakat hari ini meningkat kepada 227 kes, dengan pertambahan 55 kes baharu, manakala kes kematian setakat ini berjumlah 19.

“Jumlah meninggal terdapat permasalahan pendataan (sebelum ini) maka ternyata beberapa rumah sakit (hospital) belum melaporkan kematian hingga 12 Mac lepas.

BACA:  Perancis Menentang Keputusan US - Israel

“Meninggal dunia adalah satu di Bali, Banten (1), Jakarta (12), Jawa Barat (1), Jawa Tengah (2), Jawa Timur (1) dan Sumatera Utara (1). Sehingga kini jumlah yang meninggal 19 orang ” katanya dalam siaran langsung yang disiarkan di Youtube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) hari ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jurucakap Presiden Indonesia, Fadjroel Rachman, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa setakat tengah hari tadi, Presiden Joko Widodo menegaskan tindakan ‘lockdown’ atau perintah berkurung dan perbatasan wilayah di negara yang terdapat lebih 16,000 pulau itu, hanya akan mencetuskan panik dalam kalangan rakyat.

“Dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang, tak boleh ada kebijakan (polisi) coba-coba yang tak terukur (polisi sembarangan yang belum pasti bersesuaian),” kata Fadjroel, hari ini.

Pada 16 Mac lepas, pemerintah Indonesia mengambil pendekatan mengawal aktiviti masyarakat agar tidak melakukan perhimpunan dalam skala besar, meminta agensi berkaitan membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah dan sekolah ditutup selama dua minggu (16 Mac hingga 29 Mac).

Penggunaan perkhidmatan pengangkutan awam juga dibataskan selain menetapkan umat Islam tidak lagi bersolat di masjid serta menyarankan orang ramai tidak bersalam-salaman.

-Bernama

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel