≡ Menu

Ikut 3 Langkah Ini Untuk Lawan Iblis Khanzab Yang Mengganggu Ketika Solat


Biasa terjadi apabila sedang solat mulalah belegar-legar bermacam-macam perkara didalam kepala. Susah untuk fokus dan mencapai masa khusyuk ketika solat. Seorang ustaz pernah berkata, ‘khusyuk dalam solat itu rezeki’. Solat lazimnya bukan sahaja aktiviti fizikal yang membuatkan kita berdiri, kemudian ruku’ dan duduk, malah ia juga adalah aktiviti mental yang melibatkan otak.

Daripada aspek Sains, apabila seseorang itu solat tanpa khusyuk, otak bahagian prefrontal cortex (PFC) masih terus aktif. Dikatakan, semua aktiviti dunia berlari diminda seperti tayangan movie. Namun, apabila solat dihadirkan dengan hati dan minda yang khusyuk, kajian membuktikan bahagian PFC otak kelihatan senyap dan sunyi. Ini menunjukkan solat dengan khusyuk beri kesan luar biasa pada otak. Untuk mencapai khusyuk solat, seseorang itu perlu duduk dalam keadaan yang selesa dan bernafas dengan betul untuk terus fokus.

Daripada aspek Islam pula, setiap kali umat Nabi Muhammad s.a.w ini solat, akan hadir Iblis yang bernama Khanzab yang tugasnya hanya untuk mengganggu orang beribadah. Mulalah lupa rakaat, ingat perkara-perkara yang tidak penting dan terasa gatal anggota badan.

Perkongsian daripada Alif menerusi akaun Twitternya ini mendapat lebih 28,000 shares dan mungkin dapat membantu kita dalam mencapai khusyuk solat tanpa fikirkan yang bukan-bukan atau lupa bilangan rakaat sepatutnya.

Sedikit perkongsian tentang solat,
Waktu tak solat, takde ingat apa apa, time solat je macam macam benda masuk kat kepala.

BACA:  5 "Common Mistakes" Yang Kita Selalu Buat Dalam Parenting! Jangan Terlepas Pandang

Jadi aku nak bagi sikit perkongsian untuk kita menjadi husyuk ketika solat tanpa fikiran yang bukan bukan semasa kita solat

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

In sya allah dengan izin allah.
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Aku rasa, ramai orang hadapi masalah ni.. Time kita tak solat, takde pulak pikir pasal apa2.. Time baca Fatihah, baca Surah, time Tahiyyat, time tu jugak la teringat baju kat ampaian, kasut kat luar, keter dah nak mati roadtax.. Benda merepek2 yg masuk dlm kepala..
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Abes je bagi salam, takde pulak pikir pasal benda2 ni semua.. Bila dah khayal ingat benda2 ni semua, kita pun terlupa rakaat ke berapa..
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Ada tu, kita rasa mcm kentut, tapi betul ke kentut? Kalau kentut, batal wudhu.. Batal ler solat.. Ishhh.. Camne nak buat ni? Camne la nak khusyuk solat ni??
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Meh sini aku nak cakap sikit… Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni.. Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu.. Kalau teringat benda2 kat luar solat, tu kejer si Khanzab jugak.. Jahat kan dia ni?
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

BACA:  Doa Untuk Ibu Bapa Yang Melahirkan Kita. Baca Setiap Kali Solat

Cara nak lawan si Khanzab ni

[1] Baca Ta’awuz (a’uzubiLLaHiminassyaitonnirrojim) sebelum solat pastu ludah ke kiri 3x (syarat meludah je.. Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)

[2] Baca Ayatul Kursi 1x

[3] Baca Surah an-Nas 1x
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Pastu boleh niat dan teruskan solat.. Cuba fahami maksud ayat2 bacaan solat tu.. Sebab tu kita kena belajar.. Apa tafsiran al-Fatihah, surah2 yg kita baca, bacaan waktu ruku’, i’tidal, sujud dan lain2..
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Jadi sambil kita baca, kita faham.. Bukan hafal dan baca tegak je.. makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau.. Ok, pasni cuba taktik ni.. Tengok siapa menang, kita atau syaitan?😈💦

In shaa Allah

Sama sama kita kongsi dgn yg lain…

Sharing is Caring
I love my family
Dosa yang paling besar, yang paling banyak dan sering dilakukan manusia pada hari ini dan hampir ada didalam setiap rumah ialah Dosa Meninggalakan SOLAT
— alif omař 🕊 (@Alifomar___) January 12, 2018

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel