≡ Menu

‘Setiap lima minit kena buang air kecil selama 2 hari’ – Ustaz kongsi cara tepis sihir


Ramai yang bertanya kepada saya, “Ustaz, sepanjang buat rawatan, ustaz tidak pernah ke terkena sihir dan tempias dari pesakit?”

Saya jawab, “Tipulah saya jika kata saya tak pernah terkena. Saya juga adalah insan biasa seperti anda semua. Jika saya terleka, pasti kena. Kadang-kadang muntah darah pun pernah, kembung perut biasa saya kena.

“Paling tak dapat dilupakan, saya diuji kena buang air kecil lima minit sekali selama dua hari. Kejap-kejap nak terkencing. Masa itu Ya Allah, susahnya, nak tidur pun susah.”

BACA:  Covid-19: Tentera Nigeria Bersedia Untuk Perkukuhkan Sekatan Pergerakan Dan Pengebumian Besar-Besaran

UNTUK MENEPIS SIHIR
Selain mandi ais yang saya amalkan dalam seharian, saya buat minum air garam. Caranya, ambil segelas air suam, ambil secubit garam dan masukkan ke dalam air yang kita hendak minum. Sebaiknya minum sebelum tidur kerana semasa kita tidurlah makhluk halus menganggu kita.

Selepas bangun dari tidur, sebelum menggosok gigi amalkan juga minum air garam ini. Selepas masukkan garam, baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas sebanyak tiga kali. Kemudian baca Laa Haula WaLaa Quwwata illa Billaah tiga kali dan selawat tiga kali, kemudian minum.

Buatlah sekiranya buat dengan yakin, inshaAllah diberi perlindungan oleh Allah dari sebarang ancaman sihir. Jika buat cara di atas, jika anda sendawa, bermakna ada gangguan dalam badan. Jika muntah, batuk seram sejuk, bermakna gangguan yang anda alami amat teruk.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Buatlah sekerap yang mungkin. Jika anda buat anda rasa segar badan dan rasa ringan, bermakna apa yang anda buat berkesan. Semuanya atas keizinan Allah juga.

BACA:  Tahukah Anda Membaca Surah Al Ikhlas 3 Kali Selepas Setiap Solat Fardhu, Kita Mengubati Diri Kita Sendiri

Cara di atas adalah cara saya sendiri untuk mengelakkan sihir dalam badan. Semoga bermanfaat untuk semua.

Sumber: Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel