≡ Menu

Leher Tegang Setiap Hari Bekerja, Ini Petua Untuk Mengurangkan Ketegangan Leher


Kamu sering mengalami masalah leher dan bahu tegang semasa di pejabat. Duduk posisi macam mana sekalipun tetap mengalami masalah yang serupa. Sebenarnya masalah leher tegang ini sering di alami oleh sesiapa sahaja tidak kira sama ada semasa bekerja di pejabat, sekolah, peniaga mahupun para pelajar.

Apabila duduk berjam-jam lamanya semasa waktu berkerja ia akan memberi tekanan kepada leher dan sekaligus menyebabkan leher serta baru menjadi sakit dan tegang. Salah satu penyebab berlakunya masalah sebegini adalah kerana postur tubuh badan yang tegang, posisi meja yang tidak betul, kedudukan monitor computer atau laptop tidak betul, kerusi yang tidak sesuai, masalah pengurusan tekananan dan pelbagai factor lain lagi.

Oleh itu, untuk mengelakan masalah leher dan bahu tegang berulang lagi, apa yang perlu kamu lakukan adalah untuk mengikuti tujuh cara ringkas di bawah untuk mengekalkan kesihatan leher dan bahu!

Postur Badan Yang Betul

Untuk mengelakan masalah  leher tegang, kamu haruslah mengekalkan postur tubuh badan yang betul. Ini bermakna apabila duduk di kerusi pastikan kamu duduk dalam keadaan yang selesa di mana badan belakang kamu bersandar di kerusi dan lutut serta paha kamu membengkok pada 90 darjah dan tapak kaki pula menjejak lantai. Manakala kepala kamu pula haruslah dalam posisi lurus dan bukannya menunduk ke bawah.

BACA:  Tak Semestinya Dua Pusar Di Kepala Itu Nakal. Ramai Ibubapa Tak Tahu

Laraskan Posisi Komputer

Apabila kamu berhadapan dengan skrin komputer atau laptop pastikan posisi skrin tidak terlalu rendah sehingga menyebabkan posisi kepala kamu menunduk ke bawah, ia akan menyebabkan tekanan pada leher dan bahu. Oleh itu, laraskan posisi skrin pada paras yang sesuai dan selesa mata melihat dan bahu serta leher kamu juga tidak akan berasa tegang atau sakit semasa mengyiapkan tugas.

Berdiri Seketika

Duduk terlalu lama akan menyebabkan tubuh badan menjadi lenguh-lenguh oleh itu untuk kamu perlu luangkan masa untuk berdiri seketika bagi menghilangkan letih di mleher dan bahu. Luangkan masa dalam sejam dua untuk berdiri dan jika di tempat kerja kamu tidak membolehkan kamu berdiri secara lama, tukar posisi duduk bagi mengelakan tubuh badan menjadi tegang dan letih.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Elak Guna Telefon

Sedar atau tidak apabila kita memegang telefon untuk menaip, posisi telefon biasanya berada di paras dada atau bawah paras dada dan sekaligus membuatkan kepala menunduk ke bawah bagi melihat skrin telefon. Masa yang diperuntukan ketika melihat telefon ke bawah menyebabkan urat leher menjadi tegang dan tertekan. Oleh sebab itu, elakan menggunakan telefon bimbit atau jika kamu sememangnya perlu menggunakan telefon, pastikan paras telefon tersebut berada di paras mata agar leher tidak berasa tertekan.

Lakukan Senaman Leher

Satu lagi cara untuk elakkan masalah leher tegang adalah dengan melakukan senaman pada bahagian leher agar otot-otot yang tegang tidak berasa sakit. Caranya mudah sahaja, kamu perlu mendongak dagu atau pusing kepala mengikut arah jam untuk lima hingga tujuh set dan lakukan senaman ini setiap hari. Dengan melakukan aktiviti senaman seperti ini pada setiap pagi  atau semasa rehat ia dapat membantu otot di leher menjadi kurang sakit dan merenggangkan urat yang tegang.

Berjalan 

Berjalan merupakan kaedah terbaik dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan. Berjalan dapat memberi kebaikan pada kardiovaskular, menguatkan tulang dan meningkatkan ketahan otot. Oleh itu kamu harus berjalan di pejabat setiap setengah jam untuk merenggangkan otot dan dengan cara ini ia juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian belakang badan, leher atau bahu.

Minum Air Kekal Hidrat

Minum air dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan dan apabila tubuh badan menyerap banyak air ia akan menguatkan sendi dan menjadikan pergerakan sendi lebih lancer dan tidak mudah cedera. Oleh itu dengan meminum air yang banyak ia secara tidak langsung akan membekalkan tubuh badan hidrat dan dalam masa yang sama membekalkan cakera sendi dengan air yang mencukupi.

Lakukan tujuh cara ringkas ini untuk mengurangkan rasa sakit dan tegang di bahagian leher, bahu dan badan belakang kamu dengan mudah!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel