≡ Menu

Sebenarnya Udara Dalam Rumah Lebih Kotor Daripada Udara Luar. Ini Sebabnya


Kesihatan merupakan elemen penting yang perlu dititkberatkan oleh semua orang. Disebabkan dunia pada hari ini terlalu terdedah dengan pelbagai bentuk pencemaran, kesihatan manusia semakin hari semakin terancam disebabkan udara yang disedut ke dalam badan merupakan udara yang tidak bersih. Oleh itu, kualiti udara di persekitaran kita sangatlah penting untuk diambil peduli supaya dapat mencegah masalah ini daripada terus berlarutan.

Kita juga perlu sentiasa menjaga kesihatan badan pada setiap masa sama ada semasa menguruskan hal-hal harian dan juga sewaktu kita tidur. Apa yang pasti, kita tidak tahu apa yang berlaku disekeliling kita sewaktu kita tidur. Oleh itu, kita terlebih dahulu perlu memastikan kualiti udara yang berada disekeliling kita bersih dan nyaman sebelum melelapkan mata.

Ramai yang tidak sedar bahawa kualiti udara di dalam rumah adalah lebih tercemar berbanding udara di luar. Disebabkan anggapan tersebut, ramai yang memilih untuk berada di dalam ruangan rumah supaya tidak terdedah kepada pencemaran yang didakwa terdapat diluar rumah.

Memetik laporan United States Environmental Protection Agency (EPA), kualiti udara di dalam rumah berisiko lebih terdedah kepada pencemaran disebabkan barang-barang seperti penyembur aerosol, pewangi bilik, pencuci pakaian, permainan lama dan juga binaan rumah yang telah rosak. Malah, perabot yang terdapat di dalam rumah juga menyumbang kepada pencemaran udara melalui bahan kimia atau cat yang terdapat padanya. Itu belum lagi termasuk dengan bakteria atau zarah kecil yang dikeluarkan sendiri oleh isi rumah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kajian juga mendapati bahawa risiko kepada kesihatan seseorang mungkin lebih besar disebabkan pendedahan kepada pencemaran udara di dalam rumah daripada di luar rumah. Perkara ini kerana kebanyakan manusia meluangkan kira-kira 90% masa mereka di dalam rumah, kajian ini turut diterbitkan di dalam journal Science of the Total Environment.

BACA:  Hukum Menangis Ketika Solat. Batalkah Solat Kita?

Setiap manusia memerlukan udara yang segar dan bersih supaya dapat memastikan kesihatan mereka terjamin. Walaupun berada di dalam ruangan yang tertutup seperti rumah, bilik tidur dan pejabat, jangan anda tidak tahu bahawa anda masih terdedah kepada pelbagai jenis bakteria seperti habuk dan kuman.

Seperti anda sedia maklum bahawa anda sudah terdedah kepada bakteria di kawasan terbuka seperti di bandar-bandar, namun tak kan di dalam rumah pun masih mahu terdedah kepada bakteria dan habuk-habuk? Perkara ini sering digusarkan oleh kebanyakan orang terutamanya suri rumah yang setiap hari memikirkan cara untuk memastikan ahli keluarganya berada dalam keadaan sihat. Oleh itu, dia perlu memastikan rumah berada di dalam keadaan yang baik dan juga kualiti udara di dalam rumah tidak tercemar. Perkara ini lebih merungsingkan sekiranya mereka mempunyai bayi atau kanak-kanak yang masih kecil yang mana daya tahan badan mereka sangat lemah dan mudah dijangkiti penyakit.

BACA:  5 Punca Najis Berwarna Hijau! Warna Najis Penentu Kesihatan Anda, Jangan Abaikan

Selain itu, kesibukan bekerja sering menjadi faktor penghalang bagi ketua rumah tangga untuk memastikan ahli keluarganya mendapat kesihatan yang baik. Walaupun ahli keluarga sering menghabiskan masa berada di rumah, namun kesihatan mereka juga boleh terjejas daripada bakteria dan habuk yang terdapat di dalam rumah dan juga bilik tidur.

Lagipun, siapa yang mahu melihat orang-orang yang disayangi jatuh sakit akibat daripada kecuaian kita sendiri ?

Tapi sekarang anda tidak perlu risau lagi kerana dunia pada hari ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi merentas zaman. Teknologi pada waktu ini semakin canggih kehadapan, pelbagai masalah dan urusan dapat diselesaikan dalam sekelip mata. Begitu juga masalah penjagaan kesihatan ketika berada di ruangan tertutup seperti di dalam rumah, bilik tidur dan juga pejabat, teknologi sekarang amat memudahkan anda. Pelbagai produk-produk berteknologi tinggi yang terdapat di pasaran yang boleh memastikan keadaan dan kualiti udara di dalam rumah anda bersih dan nyaman.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel