≡ Menu

Suami Makan Harta Isteri Cara Haram!


Firman Allah Taala :

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَتَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

artinya : “Wahai orang-orang yang beriman. Janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil.”
(An-Nisaa’: 29)

Dan Rasulullah saw bersabda :

لاَ يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِطِيْبِ نَفْسٍ مِنْهُ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

artinya : “Tidak halal mengambil harta seorang muslim kecuali dengan kerelaan daripadanya.” (Hadith Abu Daud)

Hukum-hukum yang berkaitan :

  • Adalah haram dan berdosa suami mengambil tanpa izin harta isterinya sendiri seperti mencuri, merampas, meminjam dengan tujuan tidak mahu membayarnya kembali.
  • Haram juga suami tidak mahu membayar hutang maskawin isterinya dengan alasan suami sudah pun memberi nafaqah makan minum kepada isterinya.
  • Suami wajib membayar semula segala harta isteri yang diambilnya dengan jalan yang batil.
  • Jika suami tidak mempunyai harta untuk membayar semula segala harta yang pernah ia ambil dengan cara yang batil maka jadilah suami dikira berhutang dengan isterinya.
  • Jika suami berkata kamu isteri yang derhaka sebab tidak mahu halakan hutang suami maka perkataan suami itu lagha yakni tidak terpakai bahkan suamilah yang derhaka kepada Allah.
  • Jika isteri menghalakannya maka terlepaslah suami dari dosa dan hutang jika ada.
  • Sunat isteri menghalalkan hutang suami dan memaafkan perbuatan suami tersebut tetapi tidak wajib.
BACA:  Elakkan Makan Kacang Soya Ketika Mengandung. Ini Sebabnya

wallahua’lam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel