Ramai isteri selalu mengadu dan mengeluh suami tidak romantik selepas berkahwin. Jika sebelum kahwin, macam-macam ‘effort’ nak ditunjukkan. Sebenarnya, untuk bahagiakan seorang wanita ni tak susah pun. Para suami hanya perlu gunakan beberapa teknik supaya si isteri boleh faham body language yang cuba disampaikan. Jadi, suami ini kongsi 5 teknik buat para suami untuk tunjukkan rasa sayang isteri. Barulah isteri sayang!
5 TEKNIK RAHSIA MENJADI SUAMI YANG DICINTAI ISTERI
TEKNIK 1 : KENA ADA MIND-READING ABILITIES
Walaupun nampak susah tapi kemahiran membaca dan meneka perasaan dan fikiran isteri ni boleh membuatkan si isteri makin rasa disayangi & dicintai. Suami yang pandai membaca dan mendalami perasaan, mimik wajah dan rajukan isteri ni dipanggil suami yang ada Emphatic Accuracy.
TEKNIK 2 : KENA JADI ACTIVE LISTENER ISTERI
Suami yang ada skill menadah telinga ni sangat sangat disukai isteri lebih lebih lagi yang tahu ilmu Active Listening ni. Apa tanda suami tu Active Listener? Fokus sepenuhnya. Bukan sekadar mendengar, tapi bertanya soalan juga. Mendengar untuk memahami, bukan mendengar untuk membalas balik bebelan isteri.
TEKNIK 3 : KENA JADI SPIRITUAL MENTOR ISTERI
Isteri sangat suka suami yang boleh bimbing rohaninya. Sebab bila rohani si isteri dipenuhi, maka hati isteri akan jadi mudah jinak, lebih tenang dan rasa lebih tenteram sepanjang hari. Sebab tu lah sesibuk apa pun suami, suami tetap kena penuhi hati isteri dengan rasa cinta pada Allah, Rasul dan hari akhirat.
TEKNIK 4 : SUAMI KENA ADA SELF-CONTROL YANG TINGGI
Bila suami tengah sangat marah tetapi masih boleh kawal intonasi dan nada suara, suami tu dikira ada self-control yang hebat. Suami yang self-control yang hebat ni sangat dihormati isteri kerana ia menandakan mereka mempunyai kemampuan mengemudi emosi sendiri. Inilah juga yang akan menaikkan kredibiliti dan autoriti seorang suami sebenarnya.
TEKNIK 5 : KENA TAHU LOVE LANGUAGE ISTERI
Love language isteri kita adalah apa je perbuatan kita pada dia yang buatkan dia rasa dicintai. Lain orang lain Love Language-nya tau. Ada setengah isteri rasa lebih dicintai bila suaminya cuci pinggan, ni tanda Love Languagenya adalah Service. Ada isteri yang lebih rasa dicintai bila suaminya banyak ucap I Love You, ni Love Languagenya adalah Words of Affirmation.
Yang agak haru sikit bagi si suami kalau Love Language isteri adalah Receiving Gift. Haa, yang ni kalau dapat dua tiga untas rantai emas juga ni baru tersenyum senyum si isteri sebab rasa dicintai. Apa pun, tak rugi pun memberi pada isteri dan anak anak ni sebab sebaik baik pemberian adalah memberi kepada keluarga sendiri.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel