≡ Menu

Ingatkan Solat Dah Betul. Rupanya Masih Banyak Kesilapan Yang Tidak Kita Sedari


Sempurnakah solat kita.

Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus.

Ramai yang SOLAT tetapi ramai juga yang solat ikut-ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita.

Rukun solat ada 13:

1. Niat
2. Berdiri dengan betul
3. Takbiratul ihram
4. Membaca Al Fatihah
5. Rukuk
6. I’tidal
7. Sujud
8. Duduk antara 2 sujud
9. Bacaan tahiyat akhir
10. Duduk tahiyat akhir
11. Selawat dalam tahiyat akhir
12. Salam
13. Tertib

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian.

I. Rukun Qalbi iaitu rukun ke atas pekerjaan
hati.
2. Rukun Fi’il iaitu rukun ke atas perbuatan atau
gerak kerja.
3. Rukun Qauli iaitu rukun ke atas ucapan atau
kata-kata di mulut.

Majoritinya ramai daripada kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’il dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

BACA:  Adakah Solat Sunat Nikah Di Dalam Islam? Ini Penjelasan Syarak

Ramai daripada kita tidak kira sama ada ketika solat sendirian mahupun ketika berjemaah kita selalu membaca bacaan-bacaan solat di dalam hati. Kita ingat dengan solat begitu, kita rasa kita sah tapi kita khuatir ianya tidak sah.

Ada juga yang seperti membaca di bibir tetapi rupa-rupanya hanya bunyi angin yang keluar dari mulut yang tidak mengeluarkan bunyi bacaan (Hanya bunyi angin sahaja).

5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat:

1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut
atau melafaz jelas di bibir.

2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz.

3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz.

4. Tidak membaca selawat secara lafaz pada
rakaat terakhir.

5. Tidak memberikan salam ‘Assalamualaikum
Warahmatullah’ dengan secara lafaz.

Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz”?

Dalam Rukun Qauli, kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.

BACA:  Senarai Makanan Yang Tidak Menggemukkan Anda! Cubalah!

Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat.

1. Semasa Takbiratul Ihram.

2. Semasa membaca Al Fatihah.

3. Semasa Tahiyat Akhir.

4. Semasa membaca selawat pada rakaat
terakhir.

5. Semasa lafaz salam.

Oleh itu, perbaiki segera 5 Rukun Qauli ini untuk menjadikan solat kita sah dan sempurna.

Jika solat yang selama ini kita lakukan tidak sempurna atau tidak sah, perlulah kita segera:

1. Taubat mohon keampunan dari Allah dan
jangan diulangi lagi kesalahan yang sama.

2. Tuntut ilmu, belajar, ulang kaji, jangan
melenting apabila ditegur, perbaiki diri dan
kesilapan lalu..

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

Carilah ilmu yang sebenar dan beramal dengannya agar tidak rugi di dunia apatah lagi di akhirat nanti.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel