
Sekarang juga nak makan kalau betullah ada makanan yang diambil seberapa banyak masih lagi boleh maintain.
Sekiranya teknik penurunan berat badan tidak berkesan, mungkin anda boleh bertukar kepada beberapa makanan yang anda boleh makan tanpa batasan. Makanan ini adalah kalori yang rendah dan penuh dengan serat – kombo terbaik untuk memastikan anda kenyang tanpa risiko kenaikan beberapa kilogram.
Avokado
Lemak yang terkandung dalam buah ini merupakan jenis lemak baik dan tidak merugikan, maka tidak hairan jika buah avokado sering dijadikan sebagai buah untuk diet sihat. Selain mempunyai kandungan lemak, avokado juga merupakan salah satu buah yang mempunyai kandungan serat yang tinggi yang baik untuk menjaga kesihatan pencernaan dan boleh menurunkan berat badan anda.
Beri
Beri merupakan buah yang sangat sesuai untuk hidangan penutup yang sihat dan membantu anda menurunkan berat badan kerana ianya tiada kalori dan lemak. Buah beri juga bermanfaat bagi kesihatan dan kulit kerana kaya akan vitami C, serat, mineral dan antioksidan. Jadi, sentiasa amalkan strawberi, blackberi, blueberi dan raspberi jika anda ingin memulakan program diet dan mendapatkan kulit yang sihat.
Bijirin Oat
Mengambil oat semasa sarapan boleh mengakibatkan rasa kenyang yang lebih tinggi dan pengambilan kalori lebih rendah semasa makan tengahari.
Epal
Selain rasanya yang enak, epal mempunyai banyak manfaat serta kandungan serat yang cukup tinggi, sangat sesuai bagi anda yang mempunyai gangguan dengan pencernaan. Buah epal merupakan sumber vitamin B-kompleks seperti riboflavin, thiamin, dan pyridoxine (vitamin B-6). Vitamin B kompleks berperanan membantu dalam pelbagai fungsi sintetik dalam badan.
Betik
Batik mengandungi tinggi serat yang sangat baik untuk menjaga kesihatan pencernaan. Walaupun rasanya manis tetapi ternyata betik mempunyai kandungan vitamin A yang sangat baik untuk kesihatan mata.
Oren
Vitamin C merupakan salah satu kandungan yang umum dimiliki oleh buah oren. Serat yang terkandung dalam buah ini membantu anda untuk merasa kenyang lebih lama. Selain itu, ianya dapat meningkatkan sistem kekabalan tubuh untuk membuatkan tubuh anda lebih kuat untuk melawan penyakit.
Telur
Telur adalah sumber protein yang berkhasiat dan mudah disertakan dalam diet seimbang. Pengambilan telur dalam hidangan makanan setiap hari terutamanya pada waktu pagi dikatakan dapat mencegah individu daripada berasa lapar dan perasaan untuk mengunyah.

Ikan
Kenapa makan ikan sangat baik? Ikan menyediakan protein yang tinggi, makanan rendah lemak dengan pelbagai manfaat kesihatan. Ikan dengan isi putih khususnya adalah lebih rendah lemak berbanding sumber protein haiwan lain, dan ikan berminyak tinggi dalam asid lemak omega-3, atau lemak “baik”.
Terdapat dua jenis ikan :
Isi Putih – Lemak ikan disimpan dalam badan ikan (kembung, cencaru, bawal hitam)
Berminyak – Lemak ikan disimpan dalam hati ikan (merah, siakap, salmon, tuna)
Salad
Salad hijau adalah sumber antioksida yang sangat baik. Asid folik, lycopene, vitamin C dan E, alfa dan beta-karoten adalah beberapa contoh. Antioksidan melindungi tubuh anda dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Satu manfaat kesihatan penting salad adalah ia menyediakan anda dengan lemak yang sihat.
Selamat Beramal!

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel