≡ Menu

Awas! Jangan Sesekali Letakkan Daging Korban Atau Makanan Dalam Plastik Sampah Hitam


Sudah tentu ramai umat islam akan melakukan ibadah korban. Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban adalah Sunat Muakkad iaitu sunnah yang sangat dituntut ke atas setiap individu muslim yang merdeka, berakal, baligh serta berkemampuan melakukannya sama ada ketika sedang mengerjakan ibadah haji ataupun tidak.

Walaupun sunat, ibadah qurban adalah salah satu ibadah yang sangat mulia.
Sekurang-kurangnya ibadah korban dilakukan sekali dalam seumur hidup. Bagi orang yang berkemampuan pula, makruh meninggalkan ibadah korban ini. Hukum melakukan ibadah korban akan menjadi wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannya.

Dalam melakukan ibadah kurban, seeloknya kita berhati-hati semasa membungkusnya. Seorang Doktor telah berpesan agar semua umat islam yang akan melakukan ibadah korban esok sempena Aidil Adha, jangan sesekali menggunakan plastik sampah hitam untuk bungkus daging korban.

BACA:  'Cukuplah beri alasan berpoligami kerana sunnah, banyak lelaki berpoligami kerana nafsu tetapi tanggungjawab kelaut'

Kepada mereka yang membaca artikel ini, sila sampaikan mesej ini kepada AJK Masjid, AJK untuk majlis korban dan semua umat islam agar tidak berbuat demikian.

Plastik sampah dicipta khas untuk mengisi sampah. Hinggalkan label di luar bungkusannya menunjukkan gambarajah tong sampah.
Sebenarnya plastik hitam dikhaskan untuk dimasukkan sampah, BUKAN untuk bungkus daging atau makanan. Ia dicipta khas dari bahan plastik yang dikitar semula dari pelbagai sumber plastik yang telah terbuang dan dari segi kebersihan proses kitar semula tersebut adalah tidak hygenik dan ianya terdedah kepada kuman dan kotoran.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Disamping itu juga, bahan kimia dan bahan pewarna untuk memproses plastik hitam adalah dari sumber bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan ianya sangat bertoksik kepada tubuh badan kita.

Sekiranya plastik hitam itu bersentuhan dengan daging yang masih basah dan berdarah maka akan berlaku tindakbalas kimia yang akan menyerap ke dalam daging tersebut. Secara tidak langsung ia akan membahayakan pada tubuh badan kita. Daging juga akan dicemari oleh kuman dan kotoran yang ada pada plastik yang dikitar semula itu.

BACA:  Cara Yang Betul Dan Tidak Berbahaya Untuk Keluarkan Objek Daripada Mata

Seeloknya masukkan daging korban ke dalam plastik lutsinar atau plastik yang dibuat khas untuk mengisi barangan keperluan lain.
Seeloknya gunalah plastik putih yang lutsinar atau plastik membungkus barang yang bersesuaian untuk tujuan pembungkusan daging korban. Ini merupakan plastik khas dicipta untuk membungkus bahan makanan. Sesungguhnya Islam sangat menggalakkan kebersihan.

Pesanan kesihatan oleh:
Dr. Rosli Abd Jalil.
‘Occupational Health Doctor’.

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel