≡ Menu

Lakukan Ini 5 Minit Sehari, Anda Akan Melihat Perubahan Positif Pada Diri Anda!


Adakah rumah anda mempunyai kawasan yang berumput? Selain mencantikkan kawasan rumah, rumput sebenarnya mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan. Anda tidak perlu memandu berkilometer semata-mata untuk pergi ke tempat berjoging,mendaki bukit atau mencari kawasan berpasir dan berbatu. Di kawasan rumah anda sudah memadai. Disamping itu ia juga menjimat masa.

Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Harun Din pernah berpesan supaya kita meluangkan sedikit masa setiap pagi, memijak rumput tanpa memakai kasut.

Bumi ini menerima panahan petir beribu-ribu kali setiap hari. Setiap panahan petir itu akan memasukkan sejumlah bertrillion cas negatif ke dalam perut bumi. Maka bumi ini sangat kaya dengan cas negatif. Jadi kita jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan cas positif secara percuma.

Manakala dalam tubuh badan manusia terlalu banyak cas positif. Ini disebabkan kita terlalu banyak bermain gadjet, telefon bimbit, terdedah kepada berbagai pancaran pemancar, bermain komputer dan lain-lain lagi yang berisiko.

Oleh itu eloklah kita memulakan hari esok dengan berjalan kaki tanpa memakai kasut (berkaki ayam) di kawasan berumput di kawasan kediaman kita. Apakah manfaat berjalan dengan berkaki ayam di atas rumput?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

MANFAAT BERJALAN ATAS RUMPUT

BACA:  Tadah Air Aircond Untuk Diguna. Sah Ke Guna Untuk Berwudhu'?

1. Meningkatkan elektron dalam tubuh

Bumi merupakan sumber yang baik dari elektron penghilang radikal bebas. ketika Anda berjalan dengan berkaki ayam di tanah, elektron permukaan bumi dipindahkan ke dalam tubuh Anda. Ia akan meningkatkan perubahan fisiologi yang menarik. Elektron ini mempunyai kesan antioksidan yang membantu melawan tekanan oksidatif yang berkaitan dengan keradangan dan penyakit.

2. Memenuhi Pengambilan Vitamin D

Semasa anda berjalan kaki dengan berkaki ayam di atas rumput, pancaran matahari juga memberikan vitamin D untuk kesihatan tubuh badan anda. Vitamin D membantu tulang anda sihat dan menghalang osteoartritis atau penyakit sendi lain. Di samping itu juga ia membantu mengurangkan risiko hipertensi, serangan jantung, diabetes, pelbagai sklerosis (serangan terhadap saraf optik, saraf tunjang dan otak), penyakit Alzheimer, rheumatoid arthritis (radang sendi), dan kanser tertentu. Vitamin D juga sangat penting bagi wanita hamil.

3. Membantu Meningkatkan Penglihatan

Kaki kita mempunyai banyak zon refleksologi untuk tubuh badan kita termasuk mata. Ketika kita berjalan tanpa memakai kasut, tekanan maksimum diberikan pada jari pertama, kedua, dan ketiga. Ia merupakan titik utama refleksologi untuk mata. Dengan merangsang titik-titik ini akan membantu meningkatkan penglihatan. Selain itu ia juga membantu kesihatan tubuh badan. Melihat warna hijau pada rumput juga membantu menenangkan mata anda.

4. Menjaga Kesihatan Kaki

Berjalan kaki ayam adalah salah satu aktiviti senaman yang bagus untuk kaki anda. Ia juga mempunyai manfaat apabila terkena embun pagi. Ia akan memperkuat dan melegakan otot-otot, tendon dan ligamen di bahagian pergelangan kaki dan betis. Ia sangat membantu mencegah bahaya, ketegangan lutut dan masalah punggung serta meningkatkan kekuatan fleksor (tulang sesemoid pada lutut) dan bermanfaat bagi orang yang memiliki kaki datar. Di samping itu, berjalan kaki ayam juga membantu menjaga tubuh anda supaya tetap tegak dan mengurangkan risiko kaki anda daripada berkematu.

BACA:  Ramai Yang Tak Tahu Makan Terung Sebenarnya Boleh Mengurangkan Risiko Sakit..

5. Membantu Mengurangkan Stress

Berjalan dengan kaki ayam di atas rumput terutamanya pada waktu pagi dapat membantu meremajakan deria dan menenangkan fikiran. Gabungan udara segar, cahaya matahari, persekitaran hijau dan suasana pagi memberi anda banyak manfaat kesihatan. Oksigen segar sangat baik untuk organ anda. sinar matahari pula menyediakan vitamin D dan suasana tenang membantu seluruh tubuh dan minda anda berehat. Secara automatik ia akan membantu anda berasa lebih rilek dan mengurangkan tekanan.

Untuk mendapat manfaat yang maksimum, nikmatilah berjalan kaki di waktu pagi atau petang ketika sinaran matahari tidak begitu terik. Semoga bermanfaat.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel