≡ Menu

Kismis Bukan Makanan Sunnah Dan Ia Tidak Boleh Dimakan Berlebihan? Baca Selanjutnya


Assalamualaikum wbt

Hari ni tadi sambil saya mengemas dan buat kerja rumah, saya buka rancangan Book Cafe di TV3. Tetamu hari ni adalah Dr Danial Zainal Abidin yang mengupas buku beliau tentang Perubatan Islam & Bukti Sains Moden.

Ada satu bab dimana saya terkejut. Dr Danial mengatakan bahawa kismis bukanlah makanan sunah yang dimakan nabi sedangkan kita sangat sinonim dengan kismis yang dikaitkan dengan amalan nabi.

“Makan kismis tu bagus, tak haram pun tapi janganlah dikaitkan dengan sunah kerana ianya tak benar”

Begitulah lebih kurang ayatnya. Makan kismis adalah baik. Seperti kita makan buah yang lain. Katanya kismis ni selalu dipergunakan dengan mengaitkan dengan nabi sedangkan ianya tidak benar.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Setelah perbincangan dengan beberapa rakan, dan di tambah pula dengan kitab lain karangan Yusof Qardhawi, kami bersependapat mengikut kata mereka bahawa selagi makanan tersebut halal dan suci, maka ianya adalah sunah dan boleh dikatakan sebagai makanan sunah.

Waaah, ini ilmu baru. Terdapat beberapa kitab yang Dr Danial petik saya tak sempat salin. Jadi saya teruskan dengan membuat sedikit pencarian tentang isu ini. Oh, rupanya Dr Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) juga pernah menegur perkara yang sama!

“..banyak dakwaan seperti makan kismis menguatkan ingatan, sebenarnya tiada dalil yang sahih daripada Nabi s.a.w mengenainya..Ibn al-Qayyim sendiri menyebut dalam al-Tibb al-Nabawi bahawa dua hadis yang disebut tentang kelebihan kismis tidak sahih.. cumanya, ada riwayat daripada al-Zuhri beliau menyatakan kismis bermanfaat untuk ingatan..orang berniaga jangan sandarkan kepada Nabi s.a.w!”

Saya harap kita lebih maklum selepas ini. Bukanlah tujuan posting ini menjatuhkan apa-apa perniagaan. Nauzubillah. Bukan itu tujuannya. Saya berkongsi agar kita tahu ilmu yang betul dan dapat pula menyebarkan ilmu yang betul kepada orang lain. Namun tidak dinafikan, kismis adalah sejenis makanan sihat kerana kandungan vitamin dan fibernya yang tinggi. Tapi sejauh manakah fakta ‘sihat’ ini benar? Kalau sihat, maknanya bolehlah makan dengan banyak setiap hari kan? Nanti, sabar dulu.

Adakah anda tahu bahawa kismis dan buah-buahan kering secara umumnya mengandungi kandungan gula yang amat tinggi?

BACA:  Terbaru, Kes Sakit Paru-Paru Berpunca Daripada Vape, Puluhan Warga AS Terima Padah!

Satu kotak kecil kismis mengandungi 8 sudu gula, sama macam makan 1 bar Snickers!
Dr. Saara Sabir, seorang doktor gigi dari Deane Dental Practice, Lancashire, United Kingdom berkata kismis boleh menyebabkan kerosakan gigi pada anak-anak sekiranya diambil dengan tidak terkawal. Ibu bapa sering menyalahtafsir buahan kering sebagai menyihatkan lalu diberi secara berlebihan pada anak-anak.

Kandungan gula terkonsentrasi dalam kismis boleh memudaratkan gigi si kecil. Tambahan pula, tekstur kismis yang melekit akan tersepit di antara celahan gigi apabila dimakan.

Sekiranya gigi tidak digosok dengan betul, bakteria pada gula boleh merosakkan gigi untuk tempoh yang panjang. Ini adalah salah satu faktor penyebab 1 daripada 8 orang kanak-kanak mengalami kerosakan gigi teruk. Namun, ini tidak bermakna anda harus buang langsung kismis daripada diet anak anda. Berilah anak anda makan kismis, tapi biar berpada-pada dan jangan lupa gosok gigi selepas makan ye!

sumber: iluminasi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel