≡ Menu

Zamihan dan RORA dilarang beri kuliah di Perak


Dua penceramah agama yang masing-masing tidak sehaluan antara satu sama lain diharamkan daripada menyampaikan kuliah di Perak, menurut arahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Zamihan Mat Zin dan penceramah bebas Muhamad Rozaimi Ramle dilarang untuk mengajar, memberi ceramah dan bersyarah di Perak, kata Harussani.

Harussani menjelaskan, larangan berkenaan dibuat bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam khususnya di negeri Perak.

“Yang satu tu adalah Wahabi dan yang lagi satu adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Apabila yang satu ini bercakap, akan datang yang satu ini untuk hentam kenyataan itu. Jadi, akhirnya berpecah masyarakat. Sebab itulah mereka ini dilarang,” katanya kepada FMT.

BACA:  Yang Gemar Mandi Swimming Pool Perlu Baca. Ini Soal Hukum Syara'

Beliau sebelum memberitahu mereka boleh ditangkap jika didapati masuk mengajar di Perak.

Rozaimi yang dilihat rapat dengan Mufti Perlis, Datuk Asri Zainul Abidin, merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dan juga sebahagian ahli Jawatakuasa Fatwa Perlis.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Beliau kerap menjadi sasaran Zamihan, yang mengetuai Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja).

Zamihan baru-baru ini mengundang kontroversi berkait kuliahnya pada Oktober lalu yang meluahkan rasa tidak senang terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana mengkritik sebuah dobi yang menghalang pelanggan bukan Islam.

Arahan terkini Harussani menjadikan Perak negeri kedua selepas Selangor untuk mengharamkan kuliah Zamihan.

BACA:  Inilah Amalan Yang Dipandang Mulia Disisi Allah.

Dalam suratnya kepada Jabatan Agama Islam Perak bertarikh 3 Januari lalu, Harussani berkata larangan terhadap Rozaimee dan Zamihan merangkumi mana-mana premis terbuka termasuk masjid dan surau.

Larangan itu terpakai sehingga kedua-dua individu mendapat tauliah mengajar di bawah Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013.

“Pihak-pihak berkeinginan menjemput kedua-dua tokoh tersebut perlulah merujuk kepada Jabatan Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak untuk sebarang maklumat,” kata surat itu.

Sumber: FMT

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel