≡ Menu

Yang Mana Lebih Bagus? Latih Anak Makan Duduk Atas Kerusi Atau Bersila


Waktu makan sudah tiba! Pastinya anak-anak akan gembira dan berlari datang ke meja makan untuk menjamu selera. Namun, bukan semua ibu bapa mempraktikkan cara makan di meja makan untuk anak-anak yang masih kecil. Cara lain adalah dengan membiarkan anak-anak membiasakan diri untuk makan bersila di atas lantai. Kata mereka dengan cara ini akan melatih anak-anak untuk mengawal cara postur badan. Tetapi, ini tidak bermakna melatih anak makan di meja makan tidak bagus kerana kedua-dua cara ini ada manfaatnya!

MAKAN BERSILA VS MAKAN DI MEJA

Kedua-duanya ada kebaikan tersendiri.

MAKAN BERSILA (ATAS LANTAI)

1. Makan bersila akan melatih anak makan dalam keadaan yang lebih mencabar sebab anak perlu belajar mengawal kedudukan badan semasa bersila sambil tangan perlu fokus kepada koordinasi mata-tangan untuk menyuap makanan ke mulut.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Bersila perlukan kawalan postur yang lebih tinggi. Kerana itu ada anak akan duduk bongkok (slump) semasa bersila. Mereka kurang kuat menahan tubuh untuk duduk tegak.

BACA:  Jangan Buang Uncang Teh. Gatal-Gatal Kerana Gigitan Serangga Boleh Hilang Sekelip Mata

3. Makan dengan tangan sambil bersila akan melatih “in-hand manipulation” yang penting untuk koordinasi halus tangan yang sangat penting untuk menulis.

4. Makan dengan tangan sambil bersila juga akan memudahkan stimulasi tactile, menyebabkan anak-anak lebih bersedia dengan pelbagai tekstur makanan.

MAKAN DI MEJA

1. Bantu anak-anak menguatkan postur tubuh semasa duduk.

2. Makan di meja terutamanya dengan utensil adalah antara latihan motor halus yang paling bagus dan natural.

3. Makan di meja memudahkan anak fokus pada aktiviti makan dan ruangan sosial semua ahli keluarga yang berada di meja.

BACA:  Solat Jamak Dan Qasar Di Tempat Kerja. Boleh Atau Tidak?

4. Bersosial sambil makan di meja lebih mudah dari sudut lapangan visual berbanding di atas lantai, kerana semasa bersila, anak ada potensi untuk duduk “slump” (bongkok kan badan sedikit), dan mengurangkan lapangan visualnya.

5. Melatih anak duduk di meja akan memudahkan anak untuk lebih “behave” dalam situasi keperluan sosial seperti pergi ke kenduri, ke kedai makan dan lain-lain yang memerlukan mereka makan di meja

Kesimpulannya:

Latih anak anda makan mengikut kebiasaan keluarga. Dan jangan lupa “consider” keperluan sosial persekitaran anak anda Berikan juga peluang untuk anak cuba variasi cara makan yang lain juga. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel