≡ Menu

Was-Was Solat Kerana Bulu Kucing Ada Di Pakaian, Sejadah. Ini Penjelasannya


SOALAN

Apakah hukum bulu kucing yang tertanggal?

JAWAPAN

Dalam hal ini, suka saya nyatakan bahawa kucing merupakan haiwan peliharaan yang selalu berlengkar di kaki tuannya. Hal ini amat jelas dalam banyak riwayat hadis. Menurut ulama bermazhab Syafie, bulu kucing yang tercabut daripada binatang yang haram dimakan, bulu itu adalah najis. Oleh kerana kucing adalah binatang yang haram dimakan, maka bulu yang tercabut semasa kucing itu masih hidup adalah najis.

Namun bulu kucing itu adalah najis yang dimaafkan kerana kucing adalah binatang peliharaan dan sukar untuk dikawal dan berkebarangkalian bulunya merata-rata dan sukar dikawal. Oleh itu, jika badan, pakaian atau tempat sembahyang terkena bulu kucing, maka solat yang dikerjakan adalah sah.

BACA:  Doa Dari Surah Yusuf Untuk Mendekatkan Jodoh Dengan Kita. Cubalah Amalkan

Kabshah binti Ka’ab Ibn Malik melaporkan: “Pada suatu hari Abu Qatadah berada di dalam rumah, lalu saya menyediakan baginya sebekas air untuk dijadikan sebagai air wuduk. Kemudian datang seekor kucing dan ia menjilat air tersebut. Abu Qatadah membiarkan sahaja kucing itu menjilat air daripada bekas tersebut.” Kabshah meneruskan kata-katanya, Abu Qatadah perasan yang saya memandang kepadanya lalu dia bertanya, “Adakah kamu merasa pelik wahai anak saudaraku?” Saya menjawab, “Ya.” Abu Qatadah menjelaskan, Rasulullah SAW pernah bersabda, “Sesungguhnya kucing itu tidak najis kerana ia adalah binatang yang berkeliaran di sekeliling kamu.” Hadis soheh direkod oleh Imam Abu Daud, Tirmizi, al-Nasa’i, dan Ibn Majah.

BACA:  "Kita Memang Sayang Anak Kita, Tapi Orang Lain Menyampah!". Ini Tanda-Tanda Anak Anak Mula Naik Kepala.

Justeru, dalam hal seperti ini adalah dimaafkan dan tidaklah menjadi perkara yang perlu diperbesarkan. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita semua.

Akhukum fillah,

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel