≡ Menu

Wahai Suami, Inilah Pengorbanan Isteri Yang Mungkin Kalian Tak Pernah Sedar


Ramai kan antara kita yang lelaki ini bila keluar rumah pergi kerja, boleh lupa segala perkara yang ada di rumah.

Pernah tak kita terfikir apa yang sedang berlaku kepada anak-anak dan isteri kita di saat kita sedang bersarapan di tempat kerja, makan tengah hari dengan kawan atau tengah duduk bersembang dengan member sekerja.

Isteri di rumah mungkin sedang sangat sibuk mandikan anak di waktu pagi. Diri sendiri pun tak sempat untuk bersiap. Bermekap apatah lagi.

Menjengah ke tengah hari pula sibuk nak memasak. Siap masak, mulalah masukkan pakaian ke dalam mesin basuh, basuh pakaian pula.

Yang ada anak di sekolah, sebelum buat semua tadi, pagi-pagi sudah kelam kabut hantar anak ke sekolah. Tengah hari sibuk ambil mereka pula.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Apabila anak balik, ruang tamu yang cantik diperkemas tadi kembali bersepah. Kena kemas semula. Ketika ini anak mula menjerit-jerit.

BACA:  8 Bahasa Yang Membantut Perkembangan Emosi Anak-Anak. Jangan Sesekali Gunakan Bahasa-Bahasa Ini

Nak menjengah ke petang sibuk pula sediakan makan suami. Di antara sela masa itu anak kecil tak henti menangis, minta diberi susu, nak dimanja, dibelai dan diberi perhatian.

Apabila suami balik, itu tak sedaplah, ini kurang garam lah. Kenapa rumah bersepah, tak kemas rumah ke? Duduk rehat saje kat rumah ya? Inilah kan nasib isteri.

Macam itulah saban hari. Malamnya pula ketika kita sedang nyenyak tidur, si kecil menangis, puan isteri ini jugalah yang bangun buatkan susu, layan segala kerenah anak. Maklumlah, si Ayah sudah ‘penat’ bekerja di siang hari. ‘Letih’ sangat sampai tak mampu nak terjaga.

BACA:  Tak Pernah Tahu, Suami Pun Sebenarnya Boleh Nusyuz. Suami Sila Ambil Perhatian

Kita para suami ini kalau semuanya faham dengan lumrah dan hakikat kehidupan isteri seperti ini, sudah tentu akan bahagia sentiasa rumah tangga.

Ya, rumah tangga ini perlu kepada sifat memahami antara kedua pasangan. Jika tiada pada satunya, ia akan runtuh sebelah dan perlahan-lahan roboh jua akhirnya.

Kadangkala kita selalu bertengkar.. berselisih faham dek perkara-perkara kecil yang tak perlu diperbesar.

Hargailah pasangan anda.

Kongsikan, supaya lebih ramai di luar sana menyedari hakikat ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel