Sebuah kebakaran besar terjadi berdekatan jalan tol I405, Bel Air, Los Angeles, California. Kebakaran tersebut merupakan sambungan dari titik awal api yang berlokasi di Mulholland Drive.
Kebakaran hutan itu juga mengancam ribuan rumah di empat titik permualaan api di California Selatan. Sementara itu, satu rumah hangus terbakar di Riverside County, bertempat di sebelah utara San Diego County.
Kebakaran hutan ini semakin menakutka. Hingga kini, US Route 101, di sepanjang pesisir pantai California masih ditutup. Begitu juga dengan jalan di Ventura County, di mana sebanyak 7,000 warga di wilayah tersebut harus dipindahkan dengan segera.
Kebakaran hutan yang terjadi di California, Amerika Serikat hingga kini masih belum berhasil dipadamkan.
Api marak dengan cepat akibat daripada tiupan angin yang sangat kencang. Dalam video tersebut memperlihatkan betapa mengerikannya api besar yang membakar hutan di wilayah di Bonsall, California.
Berada di sini, serasa melintasi jalan menuju neraka dengan api yang sangat besar, dan hingga kini api masih belum berhasil dipadamkan. (hd)
California terbakar lagi
Berpuluh-puluh ribu penduduk di selatan California melarikan diri kebakaran hutan merebak dengan kepantasan luar biasa.
Menurut laporan CNN, kekuatan angin yang tidak boleh diramal dan keadaan kering selain kurang menerima hujan sejak tiga bulan lalu menyebabkan lima kebakaran hutan besar.
“Pihak bomba sedang berusaha sedaya upaya untuk mengawal kerosakan. operasi pemindahan penduduk sedang aktif di beberapa tempat so selatan California,” kata Jabatan Bomba Ventura.
Di Los Angeles pula, 500 anggota bomba ‘terkesima’ selepas satu kebakaran hutan 4,000 ekar merebak menjadi 11,000 ekar hanya dalam tempoh beberapa jam.
“Kami tak tahu apa lagi yang akan berlaku,” kata Datuk Bandar los Angeles, Eric Garcetti.
Di bahagian barat, satu kebakaran yang langsung tidak dikawal telah merebak sehingga 50,000 ekar dalam 19 jam.
Bepuluh-puluh kediam telah rentung di utara Ventura yang didiami lebih 100,000 penduduk.
Kebakaran yang merebak terlalu pantas memaksa pihak berkuasa mengetuk setiap pintu rumah penduduk dan menyuruh mereka berpindah, malam Isnin lalu.
Setakat ini, 150 bangunan termasuk rumah dan hopsital Ventura telah musnah.
Sumber: Sinar
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel