≡ Menu

Ubi Keledek, Ketahui Manfaat Kesihatan Ubi Ini! Patutlah Dulu Jadi Makanan Ruji


Pernah makan ubi keledek yang berwarna ungu seperti di atas?

Ubi keledek ungu atau selalu kita lihat dilabel sebagai Japanese Sweet Potato. Katanya lebih sedap, malah berkhasiat.

Satsuma-imo, atau Japanese sweet potato, atau ubi keledek ungu, bentuknya ungu di luar dan kuning di dalam. Secara tradisional ditanam di Jepun dan Okinawa. Ia adalah makanan ruji masyarakat Okinawa, yang merupakan penduduk paling sihat dan paling lama hidup di muka bumi ini.

Kesihatan dan jangka hayat hidup dikaitkan dengan rutin pemakanan yang diamalkan masyarakat ini, dan salah satunya dipengaruhi oleh ubi keledek.

Orang Jepun

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Diakui mempunyai kandungan kalori dan karbohidrat yang tinggi, ubi keledek ungu kaya dengan serat, kalium dan vitamin A dan C, malah dikhabarkan baik untuk kulit wajah. Kajian menunjukkan daun ubi keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink.

Ubi keledek merupakan makanan yang sangat mudah – boleh dikukus, direbus, atau dibakar. Boleh diambil ketika sarapan, makanan tengahari, makan malam atau snek di malam hari.

#1 Sokong Sistem Pencernaan
Ubi keledek adalah sumber serat yang sangat baik, terutama apabila anda makan kulitnya. Serat adalah penting untuk kesihatan pencernaan anda, mencegah sembelit dan penyakit serius, seperti kanser kolon. Satu ubi keledek yang bersaiz sederhana mempunyai kira-kira enam gram serat makanan.

#2 Pastikan Jantung Sihat
Kandungan serat ubi keledek yang tinggi boleh menurunkan tahap kolesterol LDL (buruk), membantu mencegah penyakit kardiovaskular.

BACA:  Bahaya Anak-Anak Terlebih Makan Garam, Ibu Bapa Perlu Cakna Pemakanan Anak-Anak

Ubi keledek yang manis ini juga tinggi kalium, yang berfungsi seimbang dengan natrium dalam badan anda untuk mengekalkan tekanan darah yang sihat. Ia juga tinggi tembaga, logam penting untuk membuat sel darah merah dan menjaga jantung anda sihat. Tahap rendah tembaga telah dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, dan paras kolesterol LDL yang tinggi.

#3 Meningkatkan Kekebalan
Ubi keledek kaya dengan antioksidan yang menghalang kerosakan radikal bebas dalam tubuh anda. Satu cawan ubi keledek mengandungi 52% nilai harian anda untuk vitamin C, yang penting untuk penyembuhan luka dan pembaikan tisu.

Vitamin A dalam ubi keledek membantu tubuh anda membuang sel-sel imun yang menghalang jangkitan dan penyakit dan mempunyai kesan anti-tumor.

#4 Baik Untuk Mata
Ubi keledek ungu mengandungi beberapa nutrien yang dikaitkan dengan peningkatan kesihatan mata. Antara yang paling berkuasa adalah karotenoid, termasuk juga alpha-karotena, beta-karotena, lutein, dan zeaxanthin.Beta-karotena, apabila diambil sebagai suplemen tambahan secara berasingan dari karotenoid lain, boleh menyebabkan ketidakseimbangan. Tetapi apabila diambil dengan betul, dan seimbang dengan keseluruhan serat karotenoid, ia telah terbukti mempunyai ciri anti-kanser dan penglihatan yang terang.

#5 Tajamkan Minda
Ubi keledek mengandungi komponen yang membantu fungsi otak dengan baik, antaranya choline dan manganese. Chroline adalah nutrien penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak. Mangan pula penting untuk kesihatan otak. Ia mengikat kepada neurotransmitter dan membantu menggerakkan impuls elektrik melalui badan anda dengan lebih cepat. Anda boleh menemui 43% nilai harian mangan anda dalam satu cawan ubi keledek bakar.

BACA:  Dua Kenikmatan Yang Bertukar Menjadi Kerugian Bagi Mereka Yang Lalai

#6 Melegakan Tekanan dan Anxiety
Ubi keledek boleh membantu anda berehat. Kandungan magnesium yang tinggi memainkan peranan untuk menenangkan otak. Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kemurungan, gangguan mood, dan sakit kepala.

#7 Meningkatkan Kesuburan
Vitamin A adalah nutrien penting untuk pembiakan sihat. Dan seperti yang kita ketahui, ubi keledek adalah sumber yang hebat. Ubi keledek juga menawarkan bekalan besi yang penting dalam menyokong kesuburan.

#8 Melawan Kanser
Ubi keledek adalah sumber antioksidan yang melawan kanser, terutamanya pada kulit. Lebih 80% protein dalam ubi keledek adalah sejenis protein penyimpanan yang dikenali sebagai sporamin. Protein unik ini telah dikaji untuk keupayaan anti-kanser dan didapati berkesan dalam beberapa jenis penyakit.

#9 Menstabilkan Kandungan Gula
Kandungan karbohidrat dan serat dalam ubi keledek dapat membantu menjaga gula darah anda stabil. Dan ia dapat membantu anda merasa lebih kenyang daripada biasa. Satu kajian pada tahun 2004 yang diterbitkan Diabetes Care, ubi keledek secara semulajadi mengurang dan menguruskan glukosa darah pada individu yang mempunyai diabetes jenis 2.

Mungkin anda boleh mengamalkan ubi keledek dari sekarang.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel