≡ Menu

Ubat Bagi Orang Yang Was-Was


Setengah ulama menyebut bahawa sunat bagi siapa yang mahu memulakan taharah atau sembahyang atau lain-lain ibadah membaca : لاإِلـهَ إِلاَّ اللَّـهُ dari kerana syaitan itu apabila mendengar kalimat zikir maka ia akan lari sejauh mungkin.

Telah berkata Al-Sayyed Al-Jalil Ahmad bin Abu Al-Hawari :

“Aku mengadu kepada Abu Sulaiman Al-Darani tentang was-was yang menimpaku. Lalu dia pun berkata: “Apabila kamu ingin menghilangkannya daripada dirimu, maka apabila saja kamu merasa was-was itu datang, bergembiralah, kerana apabila engkau bergembira was-was itu akan terputus daripadamu. Tidak ada sesuatu yang paling dibenci oleh syaitan daripada kegembiraan orang yang beriman. Jika engkau bersedih hati tentulah was-was itu akan bertambah-tambah lagi menyerang dirimu.”

BACA:  Was-was Solat Ketika Azan Berkumandang? Ini Penjelasan Hukum Daripada Mufti

Menurut hadith yang sahih riwayat Syaikhain bahawa manusia itu sentiasa tertanya-tanya, sampai kepada pertanyaan Allah menjadikan makhluk ini, lalu siapa pula yang menjadikan Allah itu? Maka barangsiapa diwas-waskan seperti itu, hendaklah dia membaca :

آمَنـْتُ بِـاللَّـهِ وَرُسُـلِـهِ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

artinya : “Aku beriman kepada Allah dan sekelian RasulNya.”

Imam Abu Al-Hasan Al-Syazali pernah mengajarkan sahabat-sahabatnya amalan yang boleh menolak was-was dan lintasan-lintasan fikiran yang tidak baik, dia mengatakan kepada mereka, bahawa barangsiapa yang merasa hal yang seumpama itu, maka letakkanlah tangan kanannya di atas dadanya dan mengucapkan :

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ الْخَلاَّقِ الْفَعَّالِ

artinya: “Maha Suci Allah yang Maha Berkuasa yang Maha Suci dari kekurangan yang Maha Menciptakan sekalian makhluk dan yang Maha Melakukan (apa saja yang dikehendakiNya).”

BACA:  4 Fadhiliat Dan Kaifiat Mengamalkan 3 Ayat Terakhir Surah al-Hasyr! Subhanallah

bacaan tersebit dibaca 7 kali kemudian membaca pula :

إِن يَشَأ يُذهِبكُم وَيَأتِ بِخَلقٍ جَدِيدٍ ¡ وَمَا ذلِكَ عَلَى اللَّـهِ بِعَزِيزٍ

(سورة ابراهيم : 19-20)

artinyanya: “Jika Dia kehendaki nescaya dibinasakanNya kamu (dengan sebab kekufuran kamu) dan didatangkan pula dengan makhluk-makhluk yang baharu.”

(Ibrahim: 19 – 20)

Bagi yang mahu bersembahyang hendaklah melakukan amalan diatas sebelum mengangkat takbir sembahyang.

Jika datang juga syaitan menganggu selepas itu maka jangan sekali-kali dilayan dan teruskan dengan kerja-kerja ibadah yang sedang dilakukan.

walahua’lam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel