≡ Menu

Tolong Jangan Amalkan. Minum Teh Pada Awal Pagi Tidak Baik Untuk Kesihatan!


Baru-baru ini penulis menonton satu program realiti televisyen popular dari Korea Selatan, di mana mereka menyebut minum teh awal pagi sebaik bangun dari tidur baik untuk pencernaan. Sedangkan mengikut sudut pandangan saintifik, tabiat minum teh ketika perut kosong adalah tidak baik.

Jadi bagaimana pula tu?

Teh sememangnya terkenal dengan sifat antioksidan dengan pelbagai manfaat. Namun pengambilannya perlu dielakkan ketika perut kosong. Apatah mulakan secawan/segelas teh mungkin tidak sebaik yang anda fikirkan.

Pakar Pemakanan Pooja Makhija memberitahu, “Jangan sesekali mulakan hari anda dengan kafein – sama ada kopi atau teh. Kafein bukanlah perkara pertama yang anda akan berikan pada perut, lagi-lagi perut kosong. Ia boleh mencetuskan asid perut dan kecemasan pencernaan anda sepanjang hari”.

BACA:  5 Sifat Mak Ayah Ni Buat Anak Menderita Dalam Diam

Minum teh pada perut kosong akan mengganggu sistem metabolisme kerana ketidakseimbangan bahan berasaskan asid dalam perut. Akibatnya, ini boleh merosakkan aktiviti metabolisme yang sebenarnya mencetuskan kepada bahaya lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Pakar Kesihatan Lokendra Tomar berkata, “Teh adalah salah satu minuman bersifat diuretik yang mana menghilangkan air di dalam badan. Anda sebaiknya tidak digalakkan mengambil minuman ini ketika perut kosong terutamanya di waktu pagi kerana ia boleh mengakibatkan tubuh dehidrasi sepanjang hari. Malah, lebih teruk ia juga boleh mengakibatkan anda mengalami kekejangan pada otot”.

Jika anda jenis yang sukakan teh dicampur susu, jangan sekali-kali mengambil minuman ini ketika perut sedang kosong. Kandungan laktosa yang tinggi dalam susu boleh mengakibatkan berlakunya kembung perut dan permasalahan dalam usus. Bahkan lebih teruk, ia juga boleh mengakibatkan sembelit.

Ringkasnya, minum teh ketika perut kosong pada waktu pagi bukanlah satu kebiasaan yang baik. Tetapi anda boleh makan sesuatu terlebih dahulu seperti biskut, yogurt atau memadai dengan minum air masak sebelum minum teh. Jadi, ia tidak akan merbahayakan kesihatan.

Satu cawan teh pagi membantu usus dan perut bersih, sementara sarapan pagi yang sihat mengisi perut yang kosong.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel