≡ Menu

Tips Menghilangkan Kaki Berbau Dengan Bahan Semulajadi! Cubalah Di Rumah!


Memalukan dan menjengkelkan apabila kaki anda berbau? Jangan risau lagi, artikel ini akan menunjukkan 10 tip untuk anda mengatasi kaki berbau.

Serbuk penaik (baking soda)
Serbuk penaik ini telah diketahu sangat berkesan bagi menghilangkan bau kaki. Ia meneutralkan tahap pH kaki dan mengurangkan bakteria.

Campurkan satu sudu serbuk penaik untuk setiap kuart (1/4) air suam. Rendam kaki kira-kira 15 hinggn 20 minit setiap hari. Ulangainya secara konsisten selama seminggu dan anda akan merasai perbezaannya.

Minyak lavender
Lavender bukan sahaja menghasilkan bau yang baik, tetapi ia juga boleh membunuh bakteria. Di samping itu, lavender juga mengandungi bahan antikulat yang dapat menghilangkan bau kaki.

Letakkan beberapa titis pati lavender dalam air suam. Rendam kaki anda selama 15 hingga 20 minit. Ulangi dua kali sehari, dan beberapa hari kemudian bau kaki anda mula berkurang.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Alum
Alum (tawas) adalah aluminium atau sulfat logam trivalen yang lain, contoh aluminium kalium sulfat, digunakan sebagai astringen.

Serbuk alum sangat kaya dengan bahan astringen dan antiseptik. Oleh itu, menggunakan alum juga merupakan cara untuk mengalahkan bau kaki.

BACA:  Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel

Letakkan satu sudu tepung alum dalam satu cawan air suam. Basuh kaki anda dengan sempurna dengan sebatian ini selama 15 hingga 20 minit, kemudian keringkannya. Anda juga boleh taburkan serbuk alum pada kaki anda jika anda mahu kesannya lebih awal. Ulang setiap hari.

Garam Epsom
Selain merawat bau, garam Epsom juga sangat baik untuk orang yang sakit kaki

Letakkan 2 sudu teh garam Epsom ke dalam air suam. Rendam kaki anda selama 10 hingga 15 minit. Ulang sekali setiap hari.

Teh hitam
Rebus dua beg teh hitam dengan kira-kira tiga cawan air panas. Kemudian masukkan sebotol air untuk menyejukkannya. Rendam kaki anda selama 15 hingga 20 minit. Ulang setiap hari.

Cuka
Sediakan secawan cuka dan campurkan dengan 6 hingga 8 caean air. Rendamkan kai anda selama 10 hingga 15 minit. Kemudian basuh denan air. Ulang setiap hari.

Boraks (borax)
Campurkan satu cawan boraks dan jumlah cuka yang sama dengan dua cawan air. Semburkannya atau spray ke bahagian dalam kasut atau anda boleh taburkan beberapa serbuk boraks dalam kasut anda sebelum meletakkannya.

BACA:  Tercabar Emosi Ketika Anak Tantrum? Ini 5 Makanan Wajib Dielakkan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Gula
Gula boleh digunakan untuk menghilangkan sel-sel mati di kaki dan juga menghilangkan bau.

Campurkan gula, air dan alkohol isopropil di atas 91% bersama. Gosokkan campuran di atas kaki selama 5 hingga 10 minit untuk pengelupasan kulit mati. Ulangi tiga kali seminggu.

Sage
Sage boleh dimasukkan ke dalam kasut dan stokin untuk mengurangkan bau. Selain itu, merendam kaki anda dengan teh sage juga boleh menghilagkan bau.

Halia
Ekstrak puree halia sangat baik. Campurkan ekstrak dengan secawan air suam dan urut kaki anda selama 10 hingga 15 minit. Ulang setiap hari.

Sebelum merujuk doktor, cuba lakukan rawatan di rumah yang mudah dilakukan. Anda mungkin terkejut dengan keberkesannya!

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel