≡ Menu

Tidak Bertegur Sapa Kerana Bertengkar, Ingatlah, Perkara Itu Ditegah Sama Sekali Dalam Islam


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Agama Islam amat menitikberatkan pertalian persaudaraan serta kasih sayang sesama manusia. Ini kerana, Allah SWT menyatakan dengan jelas di dalam al-Quran bahawa orang yang beriman itu adalah bersaudara:

Firman Allah SWT:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

(al-Hujurat: 10)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu sertabertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Persaudaraan merupakan satu ikatan yang mana Allah SWT telah mengikatnya di antara orang-orang yang beriman. Sekiranya kita mendapati sesiapa sahaja sama ada dari timur atau barat yang beriman kepada Allah, para malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari Akhirat maka dia adalah saudara kepada orang yang beriman. Di samping itu juga, persaudaraan ini juga mewajibkan orang beriman untuk menyayanginya sepertimana mereka menyayangi diri mereka sendiri atau sebaliknya. [Lihat Tafsir al-Sa’di, 800]

BACA:  Kenapa Rasulullah Kaitkan Wanita Dengan Pokok Semalu

Berdasarkan soalan di atas, memang terdapat sebuah hadith yang menceritakan hukuman bagi orang yang bertengkar atau tidak bertegur dalam tempoh yang lama iaitu daripada Abi Khirash al-Sulami bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ هَجَرَ أَخَاهُ سَنَةً فَهُوَ كَسَفْكِ دَمِهِ

Maksudnya:

“Barangsiapa yang tidak bertegur saudaranya selama setahun sama seperti dia telah menumpahkan darahnya.”

[Riwayat Abu Daud (4915)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh telah menilai sanad hadith ini sebagai sahih]

BACA:  Adab Adab Dan Tatacara Malam Pertama Menurut Islam. Yang Dah Lama Berkahwin Pun Boleh Cuba!

Tambahan pula, yang dimaksudkan dengan saudara di dalam hadith di atas adalah saudara seagama selama satu tahun maka ia seperti mengalirkan darahnya dalam hal bertambahnya dosa dan bukan pada kadarnya. [Lihat: Aun al-Ma’bud, 13/176] Di dalam hadith yang lain, ada dinyatakan bahawa hukum bertengkar sesama Islam ini adalah haram sekiranya tanpa sebab yang syar’ie. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadith yang sahih:

Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA bahawa Nabi SAW bersabda:

لَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثِ لَيَالٍ

Maksudnya: “Tidak halal bagi seorang muslim untuk tidak bertegur saudaranya melebihi tiga hari.” [Riwayat Muslim (2560)]

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel