≡ Menu

Terpengaruh Dengan Label “Makanan Sunnah”, Ini Yang Umat Islam Perlu Waspada


ALIRAN pemakanan yang mempengaruhi inovasi industri makanan sejak beberapa dekad ialah makanan sihat, mudah dan mapan. Pengguna lebih cenderung memilih makanan berorientasikan kesihatan, lebih mudah disediakan dan dimakan serta mesra alam sekitar.

Berdasarkan laporan aliran makanan dan minuman 2019, tema penuaan sihat ialah indikator pemilihan makanan pengguna hari ini sebagai persediaan ke arah jangka hidup panjang yang sihat dan berkualiti.

Kebimbangan pengguna terhadap penurunan kualiti kesihatan dan kesejahteraan menyemarakkan lagi permintaan terhadap produk semula jadi dan makanan kesihatan termasuk produk makanan sunah.

Persoalan kerap tercetus dalam komuniti saintis, sejauh mana makanan tambahan memberi kesan signifikan terhadap kesihatan dan apakah produk dilabelkan sunah dapat mengubah realiti status kesihatan masyarakat?

Pengambilan produk makanan tambahan, termasuk makanan sunah tanpa mengira aspek jumlah dan cara pengambilan tidak dapat membantu menambah baik kualiti tahap kesihatan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pembudayaan amalan pemakanan Nabi SAW sebenarnya tidak harus diamalkan secara selektif mengikut pertimbangan sendiri sebaliknya secara holistik untuk mencegah penyakit dan mengelak gejala lebih teruk. Islam turut mengutamakan cara pengambilannya.

Ketika negara dilanda penularan influenza sebelum ini, masyarakat disaran mengamalkan langkah pencegahan seperti aspek kebersihan diri dan vaksinasi. Namun, terdapat segelintir berpandangan pengambilan vaksin tiada kepentingan sama ada pencegahan mahupun rawatan selepas dijangkiti. Golongan itu menganggap mengambil makanan sunah semata-mata, mampu mengelakkan gejala penyakit terus merebak hingga menolak vaksin.

BACA:  Tikam Imam Kerana Baca Al-Quran Guna Pembesar Suara. Nauzubillah

Tidak dapat dinafikan, makanan sunah berdasarkan asas bukti saintifik menunjukkan banyak manfaat kepada kesihatan. Namun, semua manfaat itu dapat diperoleh dengan lebih baik dalam bentuk asal, berbanding dijadikan produk makanan tambahan berasaskan makanan sunah. Namun, apakah hanya dengan diet dan makanan sunah mampu mencegah dan merawat jangkitan influenza?

Makanan mengandungi nutrien tertentu yang membantu dalam penghasilan antibodi. Unsur seperti zink terbabit dalam pertumbuhan sel darah putih yang berperanan merembeskan antibodi. Asid amino pula penting dalam penghasilan immunoglobulin.

Pelbagai vitamin seperti A, B, C, D dan mineral lain penting dalam pembentukan sel, penghasilan hormon dan bertindak sebagai antioksidan dalam badan. Semua zat dapat diperoleh daripada sumber makanan semula jadi dan antibodi dapat dihasilkan bagi meningkatkan kecekapan dalam sistem imuniti tubuh.

Namun, dalam isu influenza yang membabitkan strain dan virus baharu serta sentiasa bermutasi yang belum dikenali sistem badan, tubuh memerlukan antibodi spesifik untuk melawan jangkitan itu.

Dalam situasi ini, pemvaksinan lebih selamat untuk membantu sistem imuniti badan, di samping mengamalkan diet sihat dan langkah menjimatkan dalam menangani penularan wabak, iaitu amalan kebersihan.

Justeru, menolak pemvaksinan dan hanya bergantung pada makanan sunah dan tambahan semata-mata harus dielakkan. Pakar perubatan wajar dirujuk dalam mendapatkan penjelasan sebenar, manakala sikap menafikan kredibiliti doktor perlu diperbetulkan.

Makanan hanya bersifat sebagai perlindungan umum dalam pencegahan awal dan perlu diamalkan sepanjang masa berbanding dengan vaksin serta ubat-ubatan yang lebih bersifat khusus untuk rawatan penyakit tertentu.

BACA:  Kebanyakan Kita Bermazhabkan Imam Shafie..Namun Tahukah Kita Bagaimana Kisah kewafatan Imam Syafie yang Amat Menyedihkan...

Mengutamakan pengambilan produk makanan sunah antara faktor pesakit enggan menjalani rawatan pemulihan dan melengahkan proses bantuan perubatan. Bahkan lebih ekstrem, terdapat pesakit memberhentikan ubatan moden dipreskripsikan doktor kerana berasakan produk berkenaan lebih selamat dan boleh menggantikan ubatan moden dalam merawat penyakit.

Persepsi sebegini seharusnya tidak wujud dalam umat Islam kerana mengamalkan sunah tidak hanya tertakluk kepada jenis makanan. Sekiranya ubatan moden menepati prinsip mencipta maslahah dan menolak kemudaratan, ia juga dianggap sunah kerana bertepatan dengan semangat asalnya.

Persepsi salah dalam masyarakat pada hari ini harus diperbetulkan dengan kesedaran dan pemahaman lebih jelas terhadap konsep makanan sunah, amalan pemakanan Islam dan konsep usaha serta tawakal dalam penjagaan kesihatan dan perawatan penyakit.

Pengamalan tatacara pemakanan disarankan Rasulullah SAW lebih meluas dan menyeluruh berupaya membantu umat Islam menangani ancaman penyakit.

Bersifat selektif dan spesifik da lam amalan makanan serta perubatan dengan alasan mengikut sunah Nabi SAW pada masa yang sama menafikan keupayaan doktor, perlu diperbetulkan.

Sebenarnya, usaha dengan kaedah diperakui keberkesanannya dan disarankan pakar bertauliah adalah menepati konsep tawakal dianjurkan Islam dalam meniti usia berkualiti dan sihat

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel