≡ Menu

[TERKINI] Satu serangan Udara oleh Israel, 15 Pejuang Palestin Cedera


Satu serangan udara telah dilepaskan oleh Israel ke kawasan Semenanjung Gaza sebagai tindak balas ke atas Hamas.

Sementara itu, Hamas turut mengesahkan bahawa dua pejuang yang syahid akibat daripada serangan Israel tersebut merupakan anggotanya yang bertanggunjawab menaikkan seruan kepada rakyat Palestin untuk terus melawan Israel.

Lebih 15 orang pejuang Palestin yang dilaporkan cedera dari pelbagai lokasi demonstrasi oleh Hospital di Utara Semenanjung Gaza.

Sementara itu, pejuang Palestin yang berada di Tebing Barat turut bertempur dengan tentera Israel di kawasan hujung Utara Bethlehem berhampiran dengan tembok pemisah Israel. Para pejuang menggunakan batu dan menggunakan penghadang logam serta kayu sebagai senjata.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Amarah pejuang Palestin ini terus ke hadapan apabila dua lagi pejuang Palestin syahid dalam pertempuran pada jumaat lepas di kawasan Tebing Barat, Jerusalem dan Gaza yang mengakibatkan ratusan pejuang turut tercedera akibat daripada kemarahan yang memuncak angkara tindakan Trump.

BACA:  Bersyukur Dengan Kelebihan Dan Kekurangan, Insya'Allah Allah Akan Melipat Gandakan Nikmat

Jumaat merupakan hari kemarahan serentak umat islam di seluruh dunia dengan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran sebagai tanda sokongan dan perpaduan.

Pengisytiharan yang dilakukan oleh Trumph jelas menimbulkan kemarahan kepada negara Arab dan sekutunya. Status Jerusalem merupakan halangan yang besar kepada perjanjian damai antara Israel-Palestin sejak beberapa generasi.

Kebanyakkan negara menganggap bahawa Jerusalem sebagai milik israel setelah perang Timur Tengah pada tahun 1967 termasuklah kota lama yang dianggap kawasan suci oleh umat Islam, kristian dan yahudi.

Sejak beberapa dekad, Washington dan juga beberapa komuniti antarabangsa menolak pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana statusnya hanya akan ditentukan melalui proses perdamaian antara Palestin-Israel.

BACA:  Terkini, Plaza Tol Ebor Ditutup Ekoran Kakitangan Dijangkiti COVID-19

Menurut sistem pentadbiran Trumph, dasar yang baru harus diketengahkan untuk menggantikan dasar yang dianggap sudah ketinggalan zaman tambahan pula proses perdamaian kedua pihak menjadi semakin teruk. Trumph turut mengatakan bahawa pengisytiharaan tersebut untuk mengotakan janjinya sebelum ini iaitu memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Jerusalem, di mana tidak ada negara lain yang mempunyai kedutaan di kawasan tersebut.

#TheJerusalemPalestinianCapital
#AmanPalestin

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel