≡ Menu

Terkini, Negara Chile Kini Laksanakan Perintah Berkurung.


MONTEVIDEO: Chile menjadi negara terbaru Amerika Latin mengumumkan larangan pergerakan susulan bimbang terhadap penularan COVID-19 yang membunuh 23 banduan dalam rusuhan penjara di Colombia.

Menteri Kesihatan Chile, yang mengumumkan perintah berkurung negara itu semalam, berkata larangan pergerakan bermula jam 10 malam hingga 5 pagi keesokan hari.

Rusuhan yang membunuh 23 banduan itu susulan keadaan penjara yang sesak mengakibatkan penularan coronavirus semakin teruk.

Menteri Kehakimannya, Margarita Cabello, menyifatkan keganasan itu adalah percubaan terancang penjara yang mengakibatkan gangguan di 13 penjara di seluruh negara.

Chile mencatatkan 632 jangkitan dengan satu kematian akibat pandemik itu hujung minggu lalu.

Langkah itu adalah usaha mengekang penularan pandemik yang sudah meragut 13,500 nyawa di seluruh dunia.

Argentina, Bolivia, El Salvador dan Paraguay adalah antara negara yang melaksanakan sepenuhnya perintah berkurung.

BACA:  Musim Hujan Dah Ni, Ini 5 Bahaya Menjemur Pakaian Di Dalam Rumah. No 1 Paling Bahaya

Colombia pula akan melaksanakan tindakan itu tengah malam esok (Selasa) selama 19 hari, membabitkan penduduk seramai 48 juta orang.

Sementara itu, kerajaan Bolivia mengkritik penduduknya yang mengingkari perintah berkurung yang dikuat kuasa semalam.

Menteri Pertahanannya, Luis Fernando Lopez, berkata, negaranya tidak akan melaksanakan sepenuhnya perintah berkurung.

“Kerajaan tidak akan melakukan perintah berkurung ini hingga 98 peratus. Kami akan berusaha memerangi COVID-19 dengan komitmen 100 peratus,” katanya.

Tidak seperti pemimpin serantau lain, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, yakin dengan caranya tersendiri walaupun pandemik itu mencecah 1,546 kes jangkitan dan 25 kematian di negaranya.

Katanya, kerajaan negeri mengambil langkah tersendiri, misalnya Sao Paulo melaksanakan 15 hari kuarantin yang memerlukan penutupan sepenuhnya perniagaan dan perkhidmatan yang kurang penting.

Kelab Bola Speak terkenal Brazil mengambil stadium diambil alih bagi membenarkan pihak berkuasa kesihatan menjadikannya hospital dan klinik sementara untuk merawat pesakit COVID-19.

BACA:  “Doktor, Boleh Ke Mandikan Waktu Anak Demam?” Baca Jawapan Ini Untuk Selamatkan Si Comel!

Susulan pandemik itu, semua pertandingan dalam negara ditangguhkan dengan banyak kelab bola membenarkan pihak berkuasa menjadikan stadium sebagai hospital sementara bagi menangani krisis.

Semalam, di Bandar Mexico, pihak berkuasa mengarahkan penutupan bar dan kelab malam selepas dikritik hebat tidak mengambil langkah wajar mengekang pandemik itu.

Datuk Bandarnya, Claudia Sheinbaum berkata, muzium, panggung wayang, teater , gimnasium, bar dan kelab malam ditutup bermula esok.

“Setiap hari kita mengambil pendekatan baru. Ini bagi mengurangkan peningkatan kontak rapat, katanya sambil mengarahkan penduduknya duduk di rumah dan mengekalkan jarak sosial antara satu sama lain.

Bagaimanapun restoran dikecualikan daripada arahan penutupan itu. – AFP

Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel