BAITULMAQDIS: Bantahan baharu memuncak di Asia Barat susulan pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Donald Trump.
Tindakan itu menarik kutukan antarabangsa dan mencetuskan rusuhan berterusan di wilayah Palestin.
Pertembungan di Tebing Barat dan sepanjang pagar memisahkan Semenanjung Gaza dari Israel menyaksikan penduduk Palestin membakar tayar sambil membaling batu dan bom api ke arah tentera Israel, yang membalas dengan melepaskan gas pemedih mata, peluru getah dan peluru hidup.
Pihak berkuasa kesihatan Palestin berkata, lebih 1,100 orang cedera akibat serangan gas pemedih mata, peluru getah, peluru hidup dan cara lain sejak Khamis lalu.
Seramai empat penduduk Palestin dilaporkan terbunuh dalam pertembungan itu atau dalam serangan udara Israel.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, turut mengecam tindakan itu dan menggelar Israel sebagai ‘negara pengganas’ dan ‘negara yang membunuh kanak-kanak.’
Puluhan ribu rakyat turut membuat bantahan di negara Islam dan Arab, termasuk Lubnan, Mesir, Jordan, Turki, Pakistan, Malaysia dan Indonesia. – AFP
Sumber: Bharian
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel