≡ Menu

Terkini: Arab Saudi Rekodkan Kematian Pertama Akibat Covid-19


RIYADH: Arab Saudi merekodkan kematian pertama akibat COVID-19 membabitkan seorang pemastautin warga Afghanistan.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi turut mengesahkan kes itu berlaku di barat bandar Madinah.

Negara itu merekodkan kes positif COVID-19 sebanyak 767 kes.

Dari jumlah itu, sebanyak 205 kes baharu dicatatkan dalam sehari di negara itu, sekali gus menjadikan Arab Saudi di kedudukan kes paling tinggi dalam kalangan negara Teluk Arab itu.

BACA:  Tolong Jangan Sesekali Minum Air Yang Direbus Berulang-Ulang Kali, Ini Masalah Kesihatan Yang Mungkin Terjadi!

Sehubungan itu, kerajaan Arab Saudi mula melaksanakan tempoh perintah berkurung seluruh negara itu bermula semalam sebagai langkah membendung penularan COVID-19.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Arab Saudi yang dianggap kuasa besar ekonomi dalam kalangan negara Arab terpaksa menutup semua operasi perniagaan membabitkan panggung wayang, kompleks beli belah dan restoran.

Pada masa sama, negara itu terpaksa menamatkan operasi penerbangan dan menggantung ibadat umrah sepanjang tahun sebagai usaha mengekang penyebaran wabak itu.

BACA:  Tanda Tanda Malaikat Izrail Datang Menjemput Kita. Bersediakah Kita?

Sementara itu, Kabinet Kuwait pada hari ini mengumumkan sesiapa yang secara sengaja menyebarkan virus berkenaan boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun.

Kuwait ketika ini merekodkan sebanyak 191 kes COVID-19 sehingga terpaksa mengetatkan langkah dengan mengumumkan perintah berkurung di negara itu. – AFP

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel