≡ Menu

Terkini: 2 Lagi Kawasan Zon Merah Diwartakan Kerajaan


KUALA LUMPUR: Kawasan di sekitar Masjid Jamek Seri Petaling dan Parlimen Titiwangsa diklasifikasi sebagai zon merah wabak COVID-19, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, kedua-dua kawasan itu terutamanya sekitar masjid berkenaan akan dipantau secara lebih intensif oleh pihak berkuasa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan Kementerian Kesihatan (KKM) telah mentakrifkan sesuatu kawasan yang mempunyai lebih 40 kes, diklasifikasi sebagai zon merah untuk diberi lebih perhatian.

“Kalau ikutkan Masjid Seri Petaling di bawah (Parlimen) Seputeh tapi ada juga yang mentafsirkannya sebagai kawasan Lembah Pantai. Namun saya akan jelaskan selepas mesyuarat dengan MKN (Majlis Keselamatan Negara)

“Oleh kerana kawasan sekitar Masjid Jamek Sri Petaling merupakan kawasan tumpuan jemaah tabligh yang menjadi kawasan dengan banyak jangkitan, kesiapsiagaan perlu dipertingkat dengan kerjasama pelbagai agensi,” katanya menerusi video siaran langsung di Facebook, hari ini.

BACA:  11 Kata-Kata Mufti Menk Yang Pasti Memberikan Semangat Kepada Kita
Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Annuar berkata sehingga jam 2 petang tadi, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan 212 kes COVID-19 sementara Labuan dengan lima menjadikan jumlah kes di Wilayah Persekutuan 217.

Setakat Ahad, Lembah Pantai mencatat jumlah kes COVID-19 tertinggi di Kuala Lumpur iaitu 90, manakala Titiwangsa pula 41 kes.

Bagi memastikan warga kota mematuhi penjarakan sosial sepanjang tempoh PKP, anggota polis dan pihak tentera akan membantu pengendali pasar raya dan pasar harian untuk pemantauan selanjutnya.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan menggunakan teknologi dron bagi memeriksa dan memantau kawasan pasar terbuka bagi memastikan mereka terus beroperasi mengikut peraturan,” katanya sambil menambah DBKL yang melakukan pemeriksaan dan pemantauan sekitar pasar borong dan pasar harian di ibu negara, semalam telah menyita 36 gerai di Pasar Selayang atas kesalahan mengingkari PKP.

BACA:  Bersyukurlah Dengan Kurniaan Allah. Padah Pakai Bulu Mata Palsu, Gadis Ini Hampir Buta!

Pada sesi siaran langsung selama 28 minit itu, Annuar turut memaklumkan terdapat dua kes penahanan berhubung kluster tabligh Masjid Seri Petaling yang belum menjalani saringan kesihatan, semalam.

“Mereka terpaksa dijemput oleh pihak polis untuk menjalani pemeriksaan dari Projek Perumahan Awam (PPR) Jelatek dan Presint 5 Putrajaya.

“Masih ada peserta ijtimak tabligh itu yang belum menjalani pemeriksaan. Langkah yang selamat adalah tampil untuk membuat saringan, kemudian ikuti langkah tambahan dengan kuarantin sukarela untuk pastikan diri, keluarga dan jiran dalam keadaan selamat,” katanya.

Masjid Seri Petaling yang menjadi venue ijtimak tabligh dari 28 Feb hingga 1 Mac kini menjadi kluster terbesar jangkitan COVID-19. – BERNAMA

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel