≡ Menu

Terasa Diri Anda Gagal? Ini 5 Langkah Untuk Bangkit Kembali Dan “Move On”!


Ingin Berputus Asa, Menyerah Kalah di dalam Hidup? 5 Cara Untuk ‘Move On’!

1. Mulakan dengan ‘plan’

Perancangan sangat penting apabila anda menetapkan sesuatu matlamat. Anda perlu mempunyai perancangan tentang apa yang anda mahukan dan bagaimana anda akan mencapai matlamat anda.

Bahagikan tugas kepada langkah-langkah yang perlu dilakukan. Ini juga akan membantu anda menilai ‘progress’ kerja anda nanti. Apabila anda telah menyusun semua langkah-langkah ini, lebih mudah untuk anda melihat sejauh mana atau seberapa dekat anda dengan impian anda. Mulakan dengan ‘plan’ yang sangat teratur.

.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. Jangan terlalu fokuskan kepada perkara kecil

Anda harus ingat bahawa “kehidupan” berlaku, dan ia juga akan terus berlaku. Anda tidak perlu bimbang terhadap setiap perkara negatif yang berlaku di dalam hidup anda. Sedarlah bahawa anda mempunyai segalanya di dalam diri anda yang anda perlukan untuk menjadikan hidup anda jauh lebih baik dan bermakna.

Apabila anda memberi tumpuan kepada sesuatu yang anda sedang miliki dan TIDAK mengenai perkara yang anda tidak miliki, anda akan lebih rasa bersyukur dan lebih menghargai setiap sesuatu. Hasilnya, kehidupan ini akan dapat memberi anda lebih banyak daripada apa yang anda inginkan. Percayalah.

Oleh itu, jangan terlalu fikirkan perkara-perkara kecil. Apabila anda hilang tumpuan kepada matlamat sebenar dan mula bersusah-payah untuk perkara-perkara kecil, ketika inilah biasanya anda mulai rasa untuk menyerah kalah. Tinggalkanlah perkara-perkara ini. Fokus!

.

3. Kelilingi diri anda dengan Orang yang Positif

Meletakkan diri anda di sekitar orang-orang positif akan membantu anda untuk memulakan kerja anda dengan cara orang berjaya.

‘Positivity is contagious’. Ya, sesuatu yang baik dan positif sentiasa akan menolak anda untuk terus ke depan. Ia akan terus menggalakkan anda terus menerus ke hadapan apabila anda rasa mahu menyerah.

BACA:  Hukum Memaki Orang Yang "Tak Reti" Bawak Kereta.

Orang yang positif akan membawa sama matlamat, rancangan, dan menghargai kewujudan anda. Mempunyai orang yang menakjubkan di sekitar anda bukan sahaja akan menolak diri anda, tetapi mereka juga akan membantu anda untuk melihat orang lain benar-benar percaya kepada anda. Ini akan membantu anda untuk menyedari betapa berharganya diri anda sebenarnya.

.

4. Kenali potensi dan kelebihan diri anda

Ramai orang mempunyai kecenderungan untuk berputus asa kerana mereka tidak menyedari kekuatan dan kelebihan mereka sendiri. Sekiranya anda masih belum mengetahui sehingga ke hari ini, saya akan menjadi yang pertama memberitahu anda: YOU ARE AWESOME AND AMAZING !!!

Kekuatan anda datang dari dalam. Ketuk ke dalam ‘kekuatan’ anda pada hari-hari ketika anda rasa mahu menyerah kalah. Anda mesti faham bahawa akan ada saat-saat yang sukar tetapi itu tidak bermakna anda harus berputus asa.

Menyerah kalah pada matlamat anda bermakna anda bukan sahaja menyerah diri, tetapi anda juga menghalang orang lain daripada berpeluang menikmati kehidupan yang mereka mahukan. Kita hidup di dalam “service driven society”. Maknanya, semua perkara yang kita lakukan sebenarnya akan memberi sesuatu yang berharga untuk diri kita dan juga untuk orang lain. Tanpa kita sedar.

Kita buat sesuatu perkara baik, orang lain mendapat inspirasi. Kita bersedekah, mereka mendapat manfaat. Kita memberi ilmu, orang lain beroleh kebaikan. Tidakkah itu semua ‘hadiah’ berharga daripada kita?

Sekiranya anda berputus asa pada matlamat anda, “hadiah” anda yang perlu diberikan kepada dunia tidak akan dapat dilakukan, kerana anda gagal menyelesaikan tujuan anda. Bahkan, anda telah menghalang seseorang daripada melihat bagaimana hadiah anda boleh memperbaiki kehidupan mereka!

BACA:  Ingatkan Cinta, Rupanya Kena Mandrem Dengan Pasangan. Sah Kah Perkahwinan?

Nampak tidak betapa banyaknya tanggungjawab yang anda harus sedar bahawa begitulah pentingnya kewujudan anda. Anda yang sentiasa dihargai dunia!

.

5. Fokus kepada hasil, bukannya ‘process oriented’

Ramai di antara kita telah dilatih sejak pada zaman sekolah untuk memikirkan “proses” untuk menghasilkan sesuatu perkara. Walaupun baik untuk berfikir mengenainya (dalam persamaan matematik, contohnya), kadang-kadang hidup adalah berbeza.

Sekiranya kita tetap memikirkan tentang prosedur itu, apabila ia menjadi sukar, kita akan berputus asa. Sebabnya ialah dengan memberi lebih tumpuan mengenai proses dan bukan hasilnya, ia akan menghalang kita daripada terus menerus bergerak ke hadapan.

Kita mesti menyedari betapa pentingnya untuk tetap fokus kepada matlamat utama. Orang yang ‘Outcome Focused’ mereka mempunyai kecenderungan untuk tidak begitu memikirkan terhadap apa yang dilakukan oleh orang lain, atau halangan yang mungkin dihadapi mereka. Perspektif utama mereka adalah memastikan bahawa matlamatnya adalah sentiasa tepat dan akan tercapai.

Individu yang ‘Outcome focused’ sentiasa mempunyai api semangat di dalam jiwanya yang terus membakar. Mereka faham bahawa hasrat utama adalah untuk mengekalkan tumpuan supaya hasil akhirnya nanti berjaya!

Apabila anda berasa seperti mahu menyerah, sedarlah bahawa ia memang adalah jalan yang nampak mudah, tetapi jika anda meneruskan matlamat anda, ia akan menjadikan hidup anda jauh lebih baik.

Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk memperbaiki diri, maka anda mesti teruskan. Anda boleh lakukan apa sahaja yang anda fikirkan. Tiada apa-apa yang terlalu sukar jika anda tetap fokus!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel