≡ Menu

Tentera Israel terus buru, tahan penunjuk perasaan


BAITULMAQDIS: Protes yang memasuki hari keempat terus berlaku di seluruh Tebing Barat, timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza berikutan keputusan AS untuk mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Demonstrasi pada hari Sabtu datang ketika para pemimpin Palestin bertemu di Ramallah untuk menegaskan tindakan kontroversial Presiden AS Donald Trump.

Pihak berkuasa Zionis Israel terus memburu dan menahan para penunjuk perasaan di Baitulmaqdis.

BACA:  Hadis Palsu Tentang Malaikat Maut! Jangan Terpedaya

Beberapa individu ditangkap di Baitulmaqdis yang mana pasukan keselamatan Israel terus mengawal jalanan dan menembuk peluru getah kepada para penunjuk perasaan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurut laporan Al Jazeera, di timur Baitulmaqdis, tentera Israel melepaskan bom tangan dan gas pemedih mata kepada sekurang-kurangnya 100 individu yang menyertai perhimpunan aman di Salah Eddin, salah satu jalan beli belah yang paling sibuk di bandar itu.

Sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin ditahan dan 12 cedera ketika tentera Israel menolak dan memukul para penunjuk perasaan di tempat kejadian.

BACA:  Rusia Tidak Iktiraf Keputusan US-Israel Terhadap Baitulmaqdis

Mereka yang ditangkap disyaki penunjuk perasaan dan diheret oleh polis Israel.

Langkah itu menimbulkan kecaman dan protes antarabangsa terhadap situasi terkini di bandar itu.

 

Sumber: astro AWANI 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel