≡ Menu

Teguran Rasulullah Buat “Ahli Masjid”. Nauzubillahiminzalik


 

1. DALAM sebuah hadith, Rasulullah pernah berpesan bahawa akan datang satu masa nanti, manusia kelihatan solat di masjid tetapi mereka sebenarnya tidak beriman. Sabda Rasulullah:

يأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَجْتَمِعُونَ وَيُصَلُّونَ فِي الْمَسَاجِدِ وَلَيْسَ فِيهِمْ مُؤْمِنٌ

“Akan datang pada manusia satu zaman (dimana) mereka berkumpul dan menunaikan solat di masjid, tetapi tidak ada dikalangan mereka pun yang beriman.” (HR al-Hakim)

2. Hadith ini mengingatkan kepada kita bahawa mereka yang datang ke masjid ini seharusnya memberikan fokus kepada urusan keimanan dan meninggalkan dunia. Jangan ada yang ke masjid, tetapi hati masih terpaut pada dosa dan dunia. Rasulullah pernah bersabda:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَجْلِسَ النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ لَيْسَ فِيهِمْ مُؤْمِنٌ حَدِيثُهُمُ الدُّنْيَا

BACA:  5 Sebab Kenapa Suami Perlu Lebih Rajin Ambil Gambar Isteri. Nampak Macam Remeh, Tapi...

“Tidak akan datangnya hari kiamat sehinggalah manusia duduk di dalam masjid dan tiada dikalangan mereka pun yang beriman bahkan bicara mereka hanyalah berkenaan dengan dunia sahaja.” (HR al-Hakim, Ibn Abi Syaibah)

3. Hati yang terpaut dengan dosa akan mengikis keimanan di dalam jiwa. Atas sebab itu Rasulullah menegaskan bahawa mereka yang melakukan dosa seolah-olah mereka itu tidak beriman. Sabda Rasulullah:

لاَ يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ، وَلاَ يَشْرَبُ الخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُ وَهُوَ مُؤْمِنٌ

“Tidaklah seorang yang berzina itu dia berzina dalam keadaan dia beriman. Dan tidaklah seorang yang minum arak itu, ketika dia minum arak dia berada dalam keadaan beriman.” (HR al-Bukhari)

BACA:  Jangan Sesekali Solat Dengan Berpakaian Sebegini. Sungguh Rugi, Masya'Allah

4. Menurut al-Imam Ibn Hajar, hadith ini menafikan keimanan seseorang ketika mereka sedang melakukan dosa. Iaitu ketika seseorang melakukan dosa atau hati berpaut pada dosa, keimanan mereka berada dalam tahap yang sangat rendah, atau barangkali tiada.

5. Atas sebab itu Rasulullah mengingatkan kepada kita agar membersihkan jiwa ketika datang ke masjid. Datang ke masjid dengan aqidah yang benar, bukan terpesong atau terkeliru dengan pemikiran liberal yang merosakkan seperti hari ini. Berikan tumpuan terhadap perkara keimanan dan urusan yang utama buat umat Islam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel