≡ Menu

Tanda-tanda, punca penyakit buah pinggang?



Assalam..

Sejak akhir-akhir ini saya banyak membuat carian info berkenaan penyakit buah pinggang..Orang yang paling hampir dalam keluarga yang turut mengalami masalah ini ialah ibu mertua saya.

Sewaktu melawat ibu mertua yang sakit buah pinggang di hospital tempoh hari, saya dapat lihat sendiri tanda-tanda yang beliau alami. Memang jelas menunjukkan beliau mempunyai masalah buah pinggang.

Kebanyakan kes penyakit buah pinggang berlaku dalam diam dan tidak menunjukkan tanda-tanda. Walaubagaimanapun, ianya boleh dikesan melalui pemeriksaan air kencing yang nampak tidak normal atau melalui pemeriksaan tekanan darah tinggi.

Mulanya saya google sekadar ingin tahu mengenai penyakit ini. Tetapi hari ini saya rasa nak berkongsi dengan anda..InsyaaAllah, hari ini saya kongsikan beberapa info mengenai penyakit buah pinggang yang saya jumpa dari hasil carian saya dan hasil perbualan saya bersama pesakit renal yang lain di wad HSNZ tempoh hari…

Saya banyak bertanya kepada jururawat yang bertugas di unit renal juga..maklumlah, belum ada pengalaman ahli keluarga saya yang lain mengalami masalah buah pinggang..Terima kasih juga pada mereka yang banyak berkongsi pengalaman mereka..Begitu juga dengan jururawat yang banyak memberikan info mengenai penyakit ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Semoga sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu anda atau ahli keluarga yang mengalami masalah yang sama.

Cuba periksa tanda-tanda seperti di bawah. Mungkin tanpa sedar kita juga mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan..
Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.

BACA:  "Ingatkan Sakit Biasa". 7 Sebab Utama Kenapa Tekak Kita Selalu Sakit.


Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.

Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.
Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.

Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah? ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

BACA:  Kenapa Martabat Tahajud Lebih Tinggi Daripada Solat Sunat Yang Lain? Ini Sebabnya

Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Sekiranya anda merasakan anda mengalami masalah buah pinggang dan mempunyai kebanyakan daripada simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Secara umumnya berikut adalah 11 sebab dan punca berlakunya masalah buah pinggang menurut Doktor Malinda..

1. Kerap tahan kencing
2. Kurang minum air
3. Suka makan makanan masin
4. Suka minum minuman bergas.
5. Kerap kena jangkitan ‘kencing kotor’ (Urinary
Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.
6. Kerap makan daging merah dan Seafood
(Tinggi Uric Acid)
7. Kerap makan Pil Tahan Sakit
8. Merokok
9. Obesiti
10. Alkohol
11. Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal..

Buah Pinggang kita adalah amanah dari Allah..Jagalah ia sebaik mungkin dengan mengelakkan perkara-perkara di atas dari awal usia. Mudah-mudahan kita masih mampu mensyukuri nikmat sihat yang masih diberikan. INSYAALLAH.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel