≡ Menu

“Tanah ini adalah tanah kita, kita tidak akan berputus asa” – Ibrahim Abu Thuraya


Sejak Ibrahim Abu Thuraya kehilangan kakinya dalam serangan Israel sepuluh tahun yang lalu, dia dan kerusi rodanya menjadi ikon utama di protes sepanjang sempadan Gaza dengan Israel.

Pada hari Jumaat lalu, bersama empat orang Palestin yang syahid dalam demonstrasi terhadap keputusan Presiden AS Donald Trump untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel dan memindahkan kedutaannya ke bandar yang baitulmaqdis yang menjadi tanah rebutan rejim zionis.

Gambar-gambar Abu Thuraya semasa demonstrasi di sepanjang sempadan Gaza dan Israel telah tersebar secara meluas di media sosial selepas ia disahkan oleh Kementrian Kesihatan Palestin telah syahid di tembak di bahagian kepala oleh seorang sniper dari tentera Zionis Israel.

Dalam rakaman video yang dirakamkan pada awal hari Jumaat, Abu Thuraya dilihat membawa bendera Palestin dan melambai tanda kemenangan di tentera Israel di sempadan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Saya mahu pergi ke sana,” katanya, merujuk kepada seberang sempadan itu, beberapa rakyat palestin di sekelilingnya turut melambaikan bendera Palestin, sementara yang lain melemparkan batu ke arah pasukan Tentera Israel.

BACA:  Peliharalah Wudhu, Nescaya Wajahmu Berseri-Seri Ketika Hari Akhirat Kelak

“Tanah ini adalah tanah kita, kita tidak akan berputus asa, Amerika perlu membatalkan keputusannya,” kata Abu Thurayeh dalam satu lagi video yang disiarkan di media sosial

Dengan kedua tangan beliau, beliau memanjat naik tiang elektrik untuk mengibarkan bendera palestin ke tempat yang lebih tinggi. Semangat dan kegigihan beliau di saksikan oleh wartawan dan journalist yang hadir di tempat kejadian.

Simbol Kegigihan Palestin

Bekas nelayan telah menjadi simbol kegigihan rakyat palestin dalam menentang tentera Zionis di tanah mereka yang sudah lebih dari satu dekad terkepung oleh Israel.

Ibrahim Abu Thuraya, berusia 29 tahun, bekerja mencuci kereta dan yang tinggal di kem pelarian Shati City, Gaza. Beliau telah kehilangan kedua-dua belah kaki dari pinggul dalam serangan udara Israel semasa Operasi Cast Lead pada 2008. Semenjak dari serangan itu, dia menggunakan kerusi roda untuk berkeliling. Namun kehilangan kaki tidaklah menjadi penghalang kepada semangat beliau untuk terus berjuang menentang tentera zionis.

“Ia tidak menghalangnya daripada berdemonstrasi terhadap Baitulmaqdis… Setiap hari dia akan keluar berseorangan ke sempadan”
kata abangnya, Samir kepada AFP selepas kematiannya disahkan pada hari Jumaat.

BACA:  Bolehkah Menuntut Semula Hadiah Hantaran Jika Putus Tunang?

Sebelum kehilangan kakinya Ibrahim merupakan seorang nelayan, di sebuah kawasan industri kini telah di sekat Israel. Zon menangkap ikan di luar pantai Gaza itu dan dikawal ketat dan dipenuhi dengan kapal tentera Israel.

Abu Thuraya kemudiannya bekerja mencuci kereta untuk menampung keperluan keluarganya seramai sebelas orang itu. Setiap hari, beliau akan bangun seawal jam 7 pagi dan mengetatkan peralatan ke kerusi roda sebelum mula mencari rezeki di jalan-jalan Gaza.

“Tolong jangan tengok tubuh saya yang cacat, lihat kerja yang saya lakukan,” kata Abu Thuraya kepada aktivis Ireland pada tahun 2012.

“Saya tidak pernah menyesal dan berputus asa. Dunia belum kiamat, hidup kita harus terus berjalan.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel