Kini, semakin ramai pemilik kediaman memilih menanam tanaman sendiri di rumah. Walaupun ruang rumah terhad seperti di bandar-bandar besar, tetapi dengan sedikit kreativiti, anda boleh merasai pengalaman bercucuk tanam sendiri.
Tetapi, sudah penat-penat tanam, hasil tanaman pula tidak berkembang biak dengan baik. Ada yang mati, tak pun tumbuh seperti tidak cukup zat! Mesti rasa geram kan!
Perkongsian daripada Puan Intan Suhana ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda. Sangat mudah, hanya menggunakan air dan roti sahaja, cukup membuatkan tanaman anda berkembang subur. Jom cuba!
Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.
Kami panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.
Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Bahan-Bahan :
1. Sekeping roti yang masih baik
2. Air sebanyak 1.5 liter
Air hujan atau air basuhan beras je tau.
Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.
So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya.
Cara-caranya:
- Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye. Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
- gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.
- Kemudian peram, letak ditempat gelap. Letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.
- Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan. Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak.
- MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan untuk mikrob yang terhasil. Kuantiti gula merah kita agak-agak saja ya!
- Bila baja dah jadi tu, tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas penyiram dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.
- Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan.
Cubalah! Insya’Allah Berhasil!
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel