≡ Menu

Tak Pernah Tahu, Suami Pun Sebenarnya Boleh Nusyuz. Suami Sila Ambil Perhatian


Seperti sedia maklum, setiap pasangan yang berkahwin perlu memikul tanggungjawab masing-masing bagi memastikan hubungan yang dijalinkan akan kekal bahagia. Bagi seorang isteri, mentaati suami adalah perkara wajib dan boleh dianggap sebagai nusyuz sekiranya tidak berbuat demikian.

Masyarakat sudah biasa mendengar mengenai isu-isu yang melibatkan isteri nusyuz, namun tanpa mereka sedar, suami juga boleh dikira sebagai nusyuz atas sebab-sebab yang tertentu.

Ikuti perkongsian oleh peguam Syarie ini mengenai suami yang dianggap sebagai nusyuz.

Jangan Ingat Isteri Jer, Suami Pun Boleh Nusyuz

Ramai yang tau, apabila isteri enggan taat pada perintah suami, disisi syarak ia disebut sebagai nusyuz. Jika seorang isteri disabitkan nusyuz oleh Mahkamah, maka, dia dah tak berhak untuk terima nafkah dari seorang suami.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tapi, ramai yang tak tahu, selain isteri, suami juga boleh dikira sebagai nusyuz. Cuma perkara ini jarang kedengaran sebab isteri jarang nak mohon suami disabitkan nusyuz sebabnya, suami yang beri nafkah khasnya. Tapi, sama ke nusyuz isteri dan suami? Mari saya kongsikan.

BACA:  Adakah Pengambilan Suplemen Memberi Kesan Pada Tubuh?

Bila Yang Dikatakan Suami Nusyuz?

Kalau isteri isteri itu dianggap nusyuz bila dia tidak mentaati perintah suaminya, maka suami pula dikira nusyuz bila dia mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada dirinya sebagai suami.

Apa tanda-tanda suami Nusyuz?

Nusyuz suami melalui percakapan;

– Suami boleh dikira nusyuz disisi syarak jika dia seringkali tidak mahu bercakap dengan isterinya dan bercakap kasar. Kasar disini bermaksud sering memanggil isteri dengan perkataan yang keji dan tidak sepatutnya. Dan ada ketika memberi gelaran yang jijik pada isteri dan mencarut dalam perbualan.

– Suami juga boleh dikira nusyuz jika dia mengarahkan isterinya untuk melakukan perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak. Contohnya, menyuruh isteri melacur untuk cari pendapatan. Nauzubillah.

Nusyuz suami melalui perbuatan;

– Suami dikira nusyuz bila dia langsung tidak melakukan hubungan kelamin dengan isterinya tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak. Bahkan lebih teruk bila dia berzina dengan wanita lain selain dari isterinya untuk puaskan nafsu.

– Paling dikira nusyuz bila suami bertindak kejam dan keras terhadap isteri seperti memukul, menarik rambut, menggigit dan lain-lain yang boleb datangkan kecederaan pada tubuh badan isteri. Kasihankanlah isterimu itu wahai lelaki.

BACA:  Tips Dan Doa Masuk Ke Rumah Baru. Barulah Selamat Dan Dijauhi Gangguan Insya'Allah

– Nusyuz juga bagi suami yang tidak menyediakan nafkah yang sewajarnya dari segi makan minum, pakaian dan tempat tinggal kepada isteri tetapi menghabiskan duitnya kepada benda yang tidak berfaedah seperti membeli rokok. Mintak maaf, ini hakikat.

– Tidak memelihara kehormatan isteri juga boleh dikira sebagai nusyuz dimana sering membuka aib isteri tambah-tambah hal dalam kain. Dan nusyuz juga bagi suami yang berpoligami tetapi tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya.

Walaupun nusyuz suami ini tidak dituntut disisi undang-undang, tetapi dosanya amatlah besar disisi Allah kerana isteri itu adalah amanahnya yang paling besar. Saya sangat tidak bersetuju bila kaum suami asyik salahkan isterinya nusyuz sedangkan dia tidak semak kenusyuzan dia terlebih dahulu sebelum nak nusyuzkan isteri.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel