≡ Menu

“Tahun 2019 Aku Nak Berhenti Rokok!”. Jangan Biarkan Azam Tahun Baru Anda Jadi Kenangan Kerana Mitos Ini!


Semua orang tahu rokok membahayakan kesihatan. Ia bukanlah satu fakta yang susah untuk kita hadam meskipun perokok itu sendiri tahu betapa bahayanya kesan asap rokok kepada orang sekeliling (Second-hand smoker).

Bukan tu je, malah kebanyakkan perokok tanpa segan silu ‘petik’ puntung rokok tepi jalan. Paling tidak pun buang lah dalam tong sampah. Apa yang susah sangat? Yang paling tak tahan, ada pulak tu yang selambe je hisap rokok kat dalam kedai. Penulis pernah pandu kereta, tetiba puntung rokok kereta depan ‘sapp’ masuk ikut tingkap. Suka hati je baling ikut tingkap.

Kenapa susah sangat perokok nak buang tabiat merokok ni?

Berikut merupakan alasan yang selalu kita dengar dari perokok apabila disuruh berhenti merokok.

Mitos #1 “Saya dah lama merokok, rosak dah badan”

BACA:  4 Perkara Penting Yang Mesti Settle Sebelum Due Bersalin! Mesti Baca

Berhenti merokok walaupun sudah merokok dalam tempoh yang sudah lama masih memberikan perubahan baik walaupun hanya 20 minit selepas melakukannya dan dalam masa 5 tahun, risiko serangan jantung kurang hampir 50% berbanding mereka yang masih merokok. Orang putih kata, better late than never.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Mitos #2 “Kalau berhenti merokok, nanti badan naik”

Betul ke kalau berhenti rokok, nanti badan naik? Itu semua mainan psikologi je. Hisap rokok sebenarnya menaikkan lagi selera makan kita tambah-tambah pengambilan air manis. “Tak best hisap rokok takde air manis, nanti mulut kering dan pahit. Jom teh tarik dulu!” Mana datangnya berhenti rokok badan turun?

Mitos #3 “Stress kalau tak merokok”

Kelegaan stress akibat merokok hanyalah untuk tempoh yang terlalu singkat malah merokok sebenarnya menaikkan tahap kebimbangan dan mengakibatkan kemurungan dalam jangka masa panjang.

Mitos #4 “Nak berhenti merokok ni kena ikut hati sendiri jugak”

BACA:  Sah Ke Solat Tanpa Iqamat Terlebih Dahulu? Mari Baca

Ya, bukan senang nak berhenti merokok. Kadang-kadang tu ada yang sampai terketar-ketar tangan tak dapat rokok sehari. Tapi nak buat macamana, rokok MEMBAHAYAKAN kesihatan. Nak tak nak kena berhenti jugak, tak kiralah hati kau nak ke tak. Kalau ikut hati, mati!

Ada cara lain untuk korang yang tak boleh berhenti merokok!

Sebagai contoh ialah menggunakan Terapi Penggantian Nikotin (NRT) seperti Nicorette. Ia merupakan ubat bantuan yang terbukti berkesan dimana ia berfungsi menyalurkan nikotin ke dalam badan dalam kadar yang terkawal. Dengan ini, ia membantu perokok mengurangkan kesan ketagihan nikotin dan berhenti tabiat buruk mereka dengan selamat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel