Selain solat berjemaah dengan pasangan, kita juga dituntut supaya sama-sama mengaji Al-Quran. Hal ini membawa kepada hubungan harmoni dalam rumahtangga. Betapa indahnya jika anda berdua dapat mengalunkan kalam ALLAH ini dengan baik.
Di samping itu, ajarkanlah Al-Quran kepada anak-anak. Semaikan semangat cintakan Al-Quran dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi. Jika boleh, biarlah Al-Quran sentiasa ada dalam diri mereka. Mudah-mudahan mereka mampu menghafaz Al-Quran.
Jangan jadikan alasan sibuk untuk tidak mengaji Al-Quran. Jika tidak mampu mengaji satu juzuk, mengajilah separuh juzuk. Jika tidak mampu, 10 muka surat cukuplah. Jika tidak mampu juga, mengajilah satu muka surat. Jika tidak juga berkemampuan, mengajilah sekurang-kurangnya satu ayat Al-Quran sehari. Begitulah pentingnya Al-Quran dalam hidup kita.
Carilah masa. Masa paling sesuai ialah selepas mendirikan solat fardu maghrib. Selepas solat, duduk sebentar di atas sejadah dan bukalah Al-Quran. Mengajilah bersama pasangan anda. Anda pasti terasa harmoni dalam hati. Malah suasana kediaman anda juga pasti lebih tenang apabila penghuninya selalu mengaji Al-Quran.
Tip mudah mengaji:
1) Jadikan mengaji sebagai amalan setiap hari. Jadi jika tidak mengaji anda akan rasa kekurangan.
2) Beli Al-Quran kecil supaya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Misalnya ke destinasi percutian. Jadi tiada alasan untuk tidak mengaji jika berada di luar rumah.
3) Beli Al-Quran yang ada terjemahan supaya anda faham maksud ayat yang dibaca.
4) Beli Al-Quran yang ada panduan tajwid supaya anda membaca mengikut tajwid yang betul.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel