≡ Menu

Syafaat Pada Hari Akhirat Bagi Mereka Yang Cinta Akan Rasulullah! Subhanallah


ADA hari kiamat, tiada seorang manusia pun mampu bercakap kecuali golongan rasul.

Bagaimanapun, kandungan percakapan mereka ketika itu hanya mahu memohon keselamatan.

Bayangkan, betapa dahsyatnya hari berkenaan sehinggakan tiada kalimat lain yang mampu diucapkan.

Golongan rasul yang suci bersih itu sekalipun tetap berasa risau akan keselamatan diri mereka.

Dalam firman Allah SWT yang bermaksud: “Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

yang ada di antara kedua-duanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapa pun diberi kuasa berkata-kata dengan-Nya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu).

“(Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah serta ia berkata benar.

“Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya, maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!” (Surah an-Naba’, ayat 37-39)

Dinyatakan dalam sahih Bukhari, golongan rasul iaitu Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa ketika itu akan didatangi pengikut masing-masing. Namun, mereka tidak mampu untuk membantu. Akhirnya, ketika sampai kepada Nabi Isa, baginda mencadangkan supaya berjumpa penghulu kepada seluruh manusia iaitu Nabi Muhammad SAW.

BACA:  Adakah Kaki Wanita Itu Aurat?

Akhirnya, apabila dapat berjumpa Nabi Muhammad SAW, Baginda terus berdoa kepada Allah SWT supaya dapat memberi syafaat. Walaupun bilangan manusia ketika itu terlalu ramai, Nabi SAW tetap mengenali umatnya berdasarkan anggota wuduk mereka yang bercahaya. Maka, sangat penting ketika hidup ini kita berdoa agar Nabi SAW memberi syafaatnya pada hari yang sangat getir itu.

Antara syafaat lain yang diizinkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW adalah mengangkat orang dalam syurga ke syurga lebih tinggi. Ada juga syafaat diberikan Rasulullah SAW kepada orang yang berdosa besar sehingga mereka diampunkan. Ada juga orang yang dimasukkan ke dalam neraka lalu dikeluarkan selepas mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.

Pada hari kiamat, Nabi Muhammad SAW akan menunggu sahabat serta umatnya di tepi kolamnya. Baginda SAW seboleh-bolehnya tidak mahu sahabat serta umatnya disentuh api neraka. Seperti yang dinyatakan Baginda SAW, sesiapa yang dapat meminum air dari kolamnya itu tidak akan berasa dahaga buat selama-lamanya. Pendakwah, Datuk Dr Zahazan Mohamed menyatakan telaga atau kolam Nabi SAW itu disebut al-Haud dan setiap Muslim wajib beriman dengan kewujudannya.

Menurutnya, Allah SWT menyediakan kolam itu bagi setiap nabi pada hari kiamat kelak supaya airnya dapat diberikan kepada hamba yang taat dan paling besar adalah kolam Nabi Muhammad SAW.

Baginda bersabda yang bermaksud: “Kolamku luasnya sebulan perjalanan, airnya lebih putih daripada susu, baunya lebih harum daripada bau kasturi dan bekas minumnya sebanyak bintang di langit. Sesiapa yang meminumnya tidak akan dahaga selama-lamanya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Pada hakikatnya, bukan semua orang dapat meminum air di kolam itu kecuali yang terpilih sahaja. Golongan yang dibenarkan menikmati air di telaga Nabi Muhammad SAW itu adalah mereka yang beriman serta istiqamah berpegang dengan sunahnya.

BACA:  Suami Itu Ketua Keluarga, Tapi Suami Solat Pun Tunggang Langgang. Ini Cara Isteri Menegur Suami

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku akan berdiri di penjuru kolamku untuk menyekat manusia supaya diberikan tempat kepada ahli Yaman untuk minum dulu, kemudian aku pukul airnya dengan tongkatku hingga mengalir kepada mereka.” Baginda ditanya mengenai lebarnya dan Baginda menjawab: “Panjangnya daripada tempat dudukku sehingga ke Amman (Jordan).”

Selepas itu, Baginda ditanya pula mengenai air minumannya. Baginda membalas: “Airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, mengalir masuk ke dalamnya dua saluran yang berasal dari syurga, salah satu daripadanya diperbuat daripada emas dan sebuah lagi daripada sejenis perak.” (Riwayat Muslim) Terdapat juga golongan yang akan dihalau daripada menikmati air di kolam Nabi Muhammad SAW itu. Mereka adalah golongan munafik, murtad, memutar belit agama, mengubah ajaran Nabi, mereka yang menjauhkan manusia daripada agama Allah serta yang menimbulkan fitnah terhadap orang Islam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel