≡ Menu

Sungguh Hebat Ciptaan Allah, Ini Manfaat Kesihatan Yang Allah Ciptakan Pada Pantai


 

 

“Segar rasanya apabila berjalan di pantai, merasai pasir yang lembut sambil menghidu bau air laut dan mendengar bunyi gemersikan ombak serta merasai sentuhan angin bayu yang membelai jiwa.”

Pantai merupakan hadiah dari alam semula jadi yang terindah buat manusia, ia bukan saja menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Malah, segala apa yang ada di pantai merupakan ubat paling mujarab dalam menghilangkan rasa tekanan dalam diri dan menyembuhkan minda.

Nak tahu apa lagi manfaat kesihatan pada diri kamu jika ke pantai, semuanya ada di bawah!

Mahu Kulit Cantik, Air Lautlah Penawarnya!

Air laut kaya dengan kandungan mineral, dengan melakukan aktiviti seperti berenang di laut ia dapat meningkatkan kesihatan mental kamu. Tambahan lagi, air laut juga sangat bagus bagi menyembuhkan penyakit kulit seperti ekzema dan psoriasis.

Bukan itu saja, jika kamu mengalami masalah seperti gatal atau mengalami radang pada hidung ataupun deman panas, maka air lautlah ubatnya!

BACA:  Hukum Solat Jumaat Jika Bermusafir Selepas Subuh

Jiwa Jadi Lebih Tenang Apabila Di Sapa Angin Bayu

Sejuk je rasa di tiup angin bayu dekat pantai ni! Bagi yang tak tahu, angin bayu dapat membuang segala ion negatif yang terdapat dalam diri. Dengan menghirup udara yang dibawa oleh angin pantai, kamu secara tidak langsung akan berasa tenang dan lebih mudah tidur pada waktu malam.

Buang Kulit Mati Dengan Pasir Pantai

Siapa suka main pasir pantai, kita geng! Tahu tak pasir sebenar merupakan bahan semula jadi, yang dapat bantu kamu membuang sel kulit mati yang terdapat pada tubuh kamu.

Tambahan lagi, pasir pantai yang suam dan hangat, mampu memberi rasa kelegaan kepada kamu. Selain itu, jika kamu berjalan atau berlari di pasir pantai, kamu juga dapat membakar kalori degil. Syoknya!

Nak Minda Kuat & Sihat, Dengar Nyanyian Ombak!

Berjalan di pantai sambil mendengar dendangan ombak mampu memberi rasa tenang dan keseimbangan dalam diri. Selain itu, bunyi ombak bukan saja dapat menguatkan dan menyembuhkan minda, malah ia juga merupakan medium terbaik untuk kita bermeditasi.

BACA:  5 Punca Utama Anak Anak Bila Dah Semakin Besar, Jadi Semakin Degil. Ibu Bapa Perlu Tahu

Tenang Je Rasa Tengok Pemandangan Di Pantai Ni
“Serius cantik sangat pemandangan di pantai ni, rasa tenang dan hilang semua tekanan yang ada dalam diri.”

Kamu pasti pernah merasai perasaan seperti ini, tatkala melihat pemandangan yang mengasyikan di pantai. Pemandangan alam merupakan ubat istimewa bagi merawat tekanan yang dialami, serta dengan melihat pemandangan air laut dan langit yang membiru diri kita akan berasa lebih santai dan tenang.

Jadi kalau kamu ingin mencari destinasi terbaik untuk menghilangkan tekanan diri dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Maka, pantai adalah tempat yang perlu kamu kunjungi!

Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel