PISANG adalah sejenis buah yang mempunyai banyak khasiat seperti protein, kalsium dan karbohidrat. Merupakan tumbuhan berbunga herba besar dalam genus Musa. Oleh itu makan pisang jika susah tidur malam.
Pisang tidak sama dari segi saiz, warna dan rasa tetapi biasanya panjang dan melengkung dengan isinya yang lembut serta kaya dengan kanji. Mempunyai kulit berwarna hijau diawalnya kemudian warna kuning, merah, ungu, atau coklat apabila ia masak.
KHASIAT PISANG
Antara khasiat pisang adalah membantu mereka yang mempunyai masalah untuk tidur malam. Ini disebabkan pisang mempunyai sebatian yang membantu dalam proses penghasilan melatonin, iaitu hormon yang diperlukan untuk proses tidur dan terjaga.
Pisang juga mempunyai khasiat-khasiat lain ke atas penyakit seperti:
1. Darah tinggi dan strok. Kandungan potasiumnya yang tinggi membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
2. Kolestrol. Kalori lemak yang rendah, sodium membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
3. Cirit-birit. Kandungan potasium dan magnesium dalam pisang sangat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
Pisang sedap dimakan dan memberi tenaga
4. Anaemia. Kandungan zat besi dalam pisang merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
5. Kemurungan. Jika anda kemurungan, makanlah pisang. Insya Allah anda akan cepat ceria. Ini kerana ada sejenis protein di dalam pisang membantu anda menjadi tenang.
6. Pening. Cara berlesam merawat masalah pening ialah dengan meminum susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu.
bahaya pisang
Kandungan gula yang terdapat dalam pisang sangat tinggi
ANDA ADA KENCING MANIS?
Jika anda mengidap kencing manis, pisang tidak sesuai untuk dimakan kerana kandungan gula di dalamnya sangat tinggi iaitu 25 gram gula bagi setiap 126 gram pisang (19.85%). Sentiasalah amalkan cara pemakanan yang sihat.
Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel