≡ Menu

Subhanallah! Bangunan Habis Dijilat Api, Tetapi Al-Quran Terpelihara.


Dua hari lalu tular beberapa video di laman twitter memaparkan sebuah bangunan Univeristi Malaya terbakar. Dikatakan bahawa bangunan tersebut merupakan Pejabat Pensyarah di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya (UM).

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan menyatakan bahawa operasi Pemadaman Kebakaran bangunan tersebut melibatkan ruangan terbabit dan Pentadbiran Universiti Malaya berkeluasan 1970 kaki persegi dan kemusnahan dianggarkan 90 peratus (%).

Namun dalam kedukaan insiden berkenaan, ada kisah yang terluah disebaliknya. Salah seorang pensyarah di Fakulti itu ada berkongsi tentang detik istimewa yang dilaluinya semasa memeriksa biliknya yang hangus terbakar.

Dr. Muhammad Tawfik Yaakub, pensyarah di Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya berkata sewaktu dihubungi Siakap Keli bahawa ketika kebakaran itu terjadi, dia ada menghubungi rakan-rakan yang lain untuk mendapatkan kepastian mengenai insiden itu.

BACA:  Mesin Tikam Claw? Wajar ke Anak-Anak Main?

Semalam, beliau dan para pensyarah lain telah dibenarkan untuk naik ke bangunan terbabit untuk lihat dan mengambil barang yang masih boleh digunakan (sekirannya ada). Mereka naik mengikut giliran.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sebanyak 21 buah bilik pensyarah terlibat dalam kejadian tersebut dan ketika beliau tiba di biliknya, ruangan berkenaan telah hangus terbakar.

Namun yang menyentuh hatinya apabila melihat sebuku Al-Quran yang masih elok terletak di atas mejanya. Tawfik menyatakan,

“Bahagian kulit al quran ada kekuningan mungkin bahang api kuat. Bila dibuka alhamdulillah tiada sehelai pun helaian terusik atau dimakan api. Al-Quran ini simpanan peribadi saya di pejabat yang saya gunakan untuk di baca sebelum memulakan tugas dan rujukan.

BACA:  Tahukah Anda 5 Tanda Besar Dunia Akan Berakhir?

Memang betul di Internet boleh akses dengan mudah surah dalam al quran yang dikehendaki. Tetapi saya lebih suka rujuk terus ke aL-Quran bercetak untuk mengambil keberkatannya.”

Katanya bagi, buku di rak ada terbakar namun Al-Quran berkenaan masih elok dan hanya mengalami kerosakan kecil.

“Hari ini diberikan kebenaran untuk melihat sendiri bilik yang ditimpa musibah. InshaAllah ada hikmah. Ada beberapa barang yang boleh lagi diambil tetapi sungguh tersentuh apabila melihat Al-Quran peribadi masih utuh walau dibadai api marak.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel