≡ Menu

Solidariti Palestin: Hamas Menggesa Semua Muslim Menekan Ekonomi US Habis Habisan


KUALA LUMPUR: Hamas menggesa negara Arab dan masyarakat Islam antarabangsa mengenakan tekanan ekonomi terhadap Amerika Syarikat (AS) sebagai bantahan terhadap keputusan Presiden Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut Ketua Diaspora Hamas, Maher Salah, antara cadangan yang boleh dilakukan adalah menyekat pelaburan ekonomi terhadap mana-mana negara yang bersetuju dengan keputusan AS itu.

BACA:  Air Tangan Orang Yang Meninggalkan Solat. Nauzubillah. Lebih Hina Dari Air Kencing Anjing

“Kita boleh menyekat pelaburan mana-mana negara yang bersetuju dengan keputusan itu. Kita ada pilihan lain seperti China, Rusia dan India untuk melabur. Kita tidak hanya perlu bergantung kepada AS.

“Ini adalah antara langkah yang boleh dilakukan bagi membantah tindakan AS,” katanya pada sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Semalam, Trump mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

BACA:  Rasa Macam Ada Gangguan, Ini Cara Menemukan Barangan Sihir Yang Dihantar Pada Kita

Pada masa sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Bagaimanapun Trump mengakui pengiktirafan ini tidak akan mengubah status quo Baitulmaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.

 

Sumber: Astro Awani

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel