≡ Menu

Solat Yang Dilemparkan Kembali Seperti Kain Buruk! Nauzubillah


Sebagai contoh, solat subuh amatlah sukar untuk seseorang bangun dari tidur tambahan dalam keadaan kesejukan. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, mereka akan bangun dan menyempurnakan solat subuh.

Orang yang meninggalkan solat fardhu adalah amat buruk dan sangat keji sekali, malaha terlebih keji daripada Iblis. Ini kerana Iblis hanya enggan sujud kepada nabi Adam a.s. yang merupakan makhluk, tetapi orang yang meninggalkan solat adalah seorang yang enggan bersujud kepada Allah s.w.t yang merupakan Khaliq (pencipta).

Allah s.w.t telah menceritakan di dalam al-Quran, bahawa ahli syurga (Ashabul Yamiin) telah bertanya kepada penghuni neraka, yang bermaksud:

“Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka?”

Mereka menjawab:

“Kami dahulu bukan daripada golongan orang-orang yang bersolat.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sesungguhnya ganjaran solat sangatlah besar. Ibadah ini dapat membantu menyelamatkan manusia daripada azab akhirat. Solat juga dapat menghilangkan kegelisahan, mendatangkan ketenteraman, ketenangan dan kebahagiaan.

Dalam hadis dan pelbagai pendapat ulama menyebutkan bahawa solat dapat membantu memakbulkan doa seseorang.

Ganjaran untuk orang bersolat sangatlah besar
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

BACA:  Hukum Ulangkaji Guna Soalan Spot/Soalan Bocor. Adik-Adik, Ibu Bapa Perlu Peka

“Sesiapa yang menjaga solat, maka solat itu adalah cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan sesiapa yang tidak menjaganya, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.”

BACA JUGA: Golongan Manusia Yang Didoakan Oleh Malaikat

10 SEBAB SOLAT TIDAK DITERIMA

  1. Lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
  3. Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  4. Lelaki yang melarikan diri.
  5. Lelaki yang minum arak tanpa mahu bertaubat.
  6. Perempuan yang suaminya marah kepadanya.
  7. Perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
  8. Pemimpin yang sombong dan zalim.
  9. Orang-orang yang suka makan riba’.
  10. Orang yang solat tetapi tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang mungkar.

Allah sentiasa mengampunkan hambanya
Bertaubatlah dan kembali ke jalan Allah. Semoga solatmu diterima Allah SWT
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata:

“Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

BACA:  PM Israel mengucapkan terima kasih kepada duta besar AS ke PBB untuk veto

Salah satu sifat kesempurnaan Allah SWT iaitu baik dan suka kepada sesuatu yang sempurna. Allah SWT tidak menerima suatu keyakinan, ucapan dan perbuatan kecuali yang sempurna dan baik. Ibadah solat merangkumi kepercayaan, ucapan dan perbuatan.

Ibadah solat merangkumi kepercayaan, ucapan dan perbuatan
Solat yang terbaik adalah keyakinan yang benar, ucapan yang teratur dan perbuatan yang mencerminkan sikap dan perbuatan Rasulullah SAW.

Solat yang dikerjakan mengikut cara Rasulullah SAW. akan memperoleh ketenangan, ketenteraman dan sekaligus dapat mendidik jiwa manusia kearah yang benar dan baik. Di samping itu, sembahyang dapat juga melahirkan sifat mahmudah dan menolak sifat mazmumah.

WALLAHUA’LAM..

Semoga perkongsian Solat Yang Tak Diterima Allah ini dapat membantu menambahkan pengetahuan sesiapa sahaja untuk lebih tahu tentang ini. Semoga bermanfaat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel