≡ Menu

Siti Aafiyah – DOA, Penyataan Sebuah Syukur


Seperti hampir semua rakyat Msia yg lain, saya juga dgn penuh suspen & teruja, mnunggu unt mngetahui nama sebenar seorang puteri, kurniaan terbesar Allah kpd penyanyi tersohor negara, DS Siti Nurhaliza & suami DS Khalid, yg telah selama 11 tahun mengharap & menantikan kehadirannya…

Dlm hati saya sebelum ini bkata2, pastinya nama yg di beri nanti sgt indah, bukan kerana sebutan glamornya, tapi kerana maknanya !

Dan betul lah, kala di umumkn, Siti Aafiyah bte Khalid Mohd Jiwa, saya terpana & tpegun seketika.

Allahuakbar, indah & sempurnanya sebuah nama , Siti Aafiyah !

Betapa sgt jelas, nama yg sungguh simple itu, namun penuh makna yg mulia, adalah pnyataaan hati seorang ibu & ayah, bahawa bayi kecil bpipi merah comel itu, kurniaan dr doa yg bjuta, dan sbg tanda syukur, mahu diteruskn sepanjang hayatnya, di setiap kali namanya disebut, adalah juga sbg satu doa…!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Allahuakbar.
Syukur Alhamdulillah.

Salute saya kpd DCT & DK.
Kala saatnya doa dimakbul, hajat di penuhi, tidak lagi nama2 pelik yg glamor dan trendy yg di pilih, sebaliknya huruf dr ayat Al Quran, sedutan pkataan dr sebuah doa yg paling utama, yg di pilih mereka..

Dan saya sgt pasti, sebuah nama indah ini, yg hadir sbg satu doa yg akan bterusan mniti di bibir setiap masa, adalah tanda tkasih & syukur mereka kembali, kpd yang memberi, Allah Yang Maha Esa.

Semoga pdekatan yg di buat oleh ikon terkenal negara ini, mberi nama btatahkn kpentingan makna dlm agama, yg akhirnya mjadi sebuah doa, mampu mjadi contoh & ilmu yg bmanafaat buat semua, terutama para ibu bapa moden yg hanya bfikir mahukan sebutan moden & glamor sahaja ( terbit rasa pnyesalan dlm diri saya juga..).

BACA:  7 Fadhilat Solat Tahajud Yang Sangat Besar! Ruginya Tak Buat Sebelum Ni!

Tahniah DS Siti Nurhaliza
Tahniah DS Khalid Mohd Jiwa
Tahniah Siti Aafiyah bte Khalid

Semoga semuanya di dlm aafiyah, rahmat & barokah Allah SWT setiap masa, dunia & akhirat.

***

Jom kita fahami maksud Afiyah.

♦️AL AFIYAH – SEBUAH DOA UTAMA ♦️

Dari Anas RA berkata, “Seorang laki-laki datang kepada Nabi ﷺ dan berkata: ‘Wahai Rasulullah, doa apakah yang paling utama?”

Beliau menjawab, “Mohonlah kepada Allah ampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat.”

Keesokan harinya laki-laki itu kembali datang kepada Nabi ﷺ dan berkata: ‘Wahai Nabiyullah, doa apakah yang paling utama?”

Beliau menjawab, “Mohonlah kepada Allah ampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Apabila engkau telah dkaruniai keselamatan di dunia dan akhirat, niscaya engkau telah beruntung.”

(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad no. 637, dan dishahihkan oleh Al-Albani)

Teks doanya:

اللهم إني أسألك العفو و العافية في الدنيا والآخرة

Allahumma inni as-alukal ‘afwa wal ‘afiyah fiddunya wal akhiroh

“Ya Allah aku memohon kepada-Mu ampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat”

***

Abdullah bin Umar RA berkata: Rasulullah ﷺ tidak pernah meninggalkan do’a ini baik pada waktu pagi dan petang:

اللهم إني أسألك العافية في الدنيا والآخرة اللهم إني أسألك العفو والعافية في ديني ودنياي وأهلي ومالي

Allahumma inniy as-alukal ‘afiyah fiddunya wal akhiroh, Allahumma inni as-alukal ‘afwa wal ‘afiyah fi diniy wa dun-yaya wa ahliy wa maliy

“Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan baik di dunia dan akhirat. Ya Allah aku memohon kepada-Mu ampunan, juga keselamatan dalam agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku”.

BACA:  11 Hadiah Istimewa Daripada Anak Buat Ibubapa Yang Telah Tiada

[Baik di baca doa ini setiap usai sholat maghrib dan sholat subuh.]

***

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة
Allahumma inni asaluka al-‘afiyah

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata: “Ya Rasulullah, ajarkanlah doa,” katanya.
Nabi (ﷺ) berkata: “Wahai bapa saudara saya, bacalah :

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة
Allahumma inni asaluka al-‘afiyah
(Ya Allah, aku meminta kepada kamu ‘afiyah).

‘AFIYAH bermaksud :

Untuk menyelamatkan aku daripada sebarang kesusahan yang menimpa.
Untuk menjadi sihat,kita berada dalam ‘afiyah.
Untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam ‘afiyah.
Untuk hidup, kita berada dalam ‘afiyah.
Untuk mempunyai anak-anak kita di lindungi,Kita berada dalam ‘afiyah.
Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam ‘afiyah.

Jadi, pada asasnya ‘Afiyah bermaksud:

“Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan.”
Ini termasuk didunia dan akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali selepas beberapa hari dan berkata:

“Ya Rasulullah, doa ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang besar.”

Nabi (ﷺ) berkata:

“Bapa saudara ku yang dikasihi, memohon kepada Allah untuk ‘Afiyah, anda tidak boleh diberi apa-apa lebih baik daripada ‘afiyah. Ia adalah doa yang mudah.”

Yang benar bermakna apa yang anda katakan ketika berdoa.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk selamat daripada sebarang kesusahan,kesedihan,bahaya dan jangan menguji saya dan lain-lain.”

Semua ini termasuk dalam “Allahumma inni asaluka al-‘afiyah”
(Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)

Sumber: Mona Din

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel