≡ Menu

Serangan Berterusan Israel Selama Dua Malam Berturut-Turut


BAITULMAQDIS: Tentera Israel membedil Semenanjung Gaza menggunakan kereta perisai dan pesawat.

Serangan itu dikatakan susulan tembakan roket yang dilancarkan ke arah mereka di selatan negara itu oleh Palestin, pada Isnin.

Sekurang-kurangnya dua roket ditembak dari Semenanjung Gaza, dengan satu daripadanya dapat dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Dome milik tentera Israel.

Menurut satu kenyataan dari tentera rejim Zionis, serangan menggunakan sebuah kereta perisai dan pasukan tentera udara Israel telah disasarkan kepada lokasi tentera Hamas di selatan Semenanjung Gaza.

BACA:  Apa yang menyebabkan pengakuan Trump ke atas Jerusalem? 7 hal yang harus Anda ketahui

Tiada sebarang maklumat diterima mengenai jumlah kematian atau kecederaan di lokasi serangan setakat ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jurucakap tentera Zionis, Jonathan Conricus berkata, kereta perisai Israel membedil lokasi tentera Hamas di Gaza selepas memintas roket kedua yang dilancarkan pergerakan itu.

Penduduk Gaza berkata, serangan itu berlaku di bahagian utara penempatan rakyat Palestin.

BACA:  Cendawan Mekah! Semakin Diburu Ramai Kerana Khasiatnya

Ia adalah tembakan roket pertama dilancarkan sejak petang Jumaat lalu yang mencetuskan serangan berterusan Israel selama dua malam berturut-turut, mengakibatkan dua anggota pergerakan Hamas terbunuh. – AFP

Sumber: Berita Harian

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel