≡ Menu

Selama Ini Ingat Ajinomoto Je MSG, Rupa-rupanya Ini Nama Lain MSG Yang Ada Dalam Makanan


Jangan tak tahu bahawa MSG mempunyai nama lain juga malah ia tersembunyi di sebalik makanan yang anda beli, bahkan makanan yang dikatakan sihat juga.

Salah satu bahan paling kontroversial dalam pengeluaran makanan adalah MSG – monosodium glutamate. MSG adalah ramuan yang popular untuk menyedapkan lagi makanan, mudahnya ia penambah rasa. Sekiranya ia berada dalam tin dan bermaksud tahan lama, kemungkinan besar mempunyai MSG.

Apa MSG?
Monosodium glutamat, juga dikenali sebagai mononatrium glutamat atau MSG, ialah garam natrium berasaskan asid glutamik, salah satu asid amino tidak perlu yang wujud secara semulajadi dengan banyak. Kicap, sos tiram, mi segera, mi sup pasar malam dan masakan Cina adalah antara makanan yang biasa ditambah dengan MSG.

BACA:  10 Cara Redakan Sakit Kepala! Mudahnya

Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (US Food and Drug Administration) mengkelaskan MSG sebagai bahan “yang selamat” walhal realitinya MSG tidak selamat, apabila peratusan penduduk mengalami reaksi negatif terhadap bahan pengawet ini. Sebagai contoh, kajian di China dalam laporan American Journal of Clinical Nutrition (June 2011) mendapati pengambilan makanan mengandungi MSG menyebabkan obesiti.

Nama Lain MSG
Walaupun terdapat kajian yang menunjukkan MSG menyebabkan obesiti dan sebahagian kajian lain pula tidak. Ini menunjukkan tiada bukti kukuh menunjukkan MSG makanan yang tidak selamat. Dan sekarang dengan peningkatan populariti mengekalkan gaya hidup sihat, banyak pengeluar atau pengedar makanan dipaksa menyembunyikan MSG di bawah nama yang berlainan seperti glutamic acid, glutamate, calcium glutamate dan sebagainya. Jadi bagaimana anda boleh mengelakkan ramuan ini jika ia tersembunyi di bawah nama yang berbeza?

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Menurut National Institutes of Health Open Chemistry Database:

Monosodium glutamate (MSG)
MSG monohydrate
L-glutamic acid monosodium salt monohydrate
Sodium glutamate
Monosodium l-glutamate monohydrate
Sodium l-glutamate
Sodium glutamate monohydrate
Monosodium glutamate monohydrate
Glutamic acid, monosodium salt, monohydrate
L-2-aminopentanedioic acid
L-glutamic acid and Monosodium salt
Sodium L-glutamate hydrate

MSG yang popular:

Vetsin
Ajinomoto
Umami
Jadi, selepas ini hati-hati sebelum membeli sesuatu makanan dan bila memasak lebih baik tidak ditambah sebarang bahan tambahan, biarkan ianya asli.

Selamat Beramal!

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel