≡ Menu

Selalu Nampak Orang Sapu Dahi Dan Muka Sesudah Solat. Tapi Apa Hukumnya? Baca Selanjutnya


Soalan:

Adakah terdapat hadis tentang hukum menyapu dahi dan muka selepas solat?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Amalan ini disebut dalam kitab-kita ulama mazhab al-Syafie, bahawa apabila seseorang itu selesai solat, disunatkan baginya untuk menyapu dahi dan wajahnya sambal membaca doa:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (هُوَ) الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ

BACA:  Wahai Suami, Isterimu Itu Mahal Harganya

Maksudnya: “Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah! Aku mohon agar Engkau buangkan dari diriku kegelisahan dan kesedihan.”

Antaranya:

Al-Adzkar (no.193) oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah, daripada Ibn Sunni, daripada Malik bin Anas RA.
I`anah al-Tolibin (1/215) oleh Syeikh Abu Bakar al-Dimyati Rahimahullah, daripada Ibn Sunni.
Bughyah al-Mustarsyidin (hlm. 99) oleh Syeikh Abdurrahman Ba`lawi, daripada Ibn Mansur.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ibn Sunni dalam `Amal al-Yaum wa al-Lailah (no.122) dan Imam al-Tabarani dalam al-Mu`jam al-Awsat (no.3178). Hadis ini disepakati kedaifan oleh para ulama, antaranya seperti yang dinukilan Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Nataij al-Afkar (2/285), namun sebahagian ulama menilainya sebagai daif jiddan (lemah yang bersangatan dan maudhu’ (palsu). Lihat al-`Ajalah al-Raghib (no.113) oleh Syeikh Salim Eid al-Hilali.

BACA:  Dua Amalan Sunat Yang Sangat Mudah Selepas Solat Subuh Dan Maghrib.

Kami cenderung kepada pendapat bahawa amalan ini tidak bermasalah untuk diamalkan seperti mana yang difatwakan oleh para ulama mazhab al-Syafie. Walaupun begitu, barangsiapa yang meninggalkan kerana berhati-hati, maka hukumnya tidak makruh dan tidak wajar dijadikan polemik.

Wallahua’lam.

 

Sumber

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel