≡ Menu

Selain Daripada Rabun, Ini Masalah Kesihatan Yang Boleh Mengganggu Penglihatan Anda


Penglihatan kabur, tidak jelas, tidak fokus adalah masalah penglihatan paling biasa, dan anda mungkin menyedari perubahan kepada keadaan ini ketika usia mencecah 40-an. Menurut Institut Mata Nasional (NEI), perubahan penglihatan adalah sebahagian daripada penuaan yang normal.

Bagi mereka yang sudah mempunyai masalah penglihatan (rabun) ia mungkin memerlukan anda melakukan pemerikasaan mata terkini. Tetapi jika sebaliknya, anda mungkin perlu melakukan pemeriksaan keadaan kesihatan. Keadaan ini mungkin memberi isyarat sesuatu yang lebih serius.

Jika tidak rabun, anda mungkin mengalami:

Konjunktivitis

Konjunktivitis atau mata merah biasanya disebabkan oleh adenovirus, iaitu virus yang boleh menyebabkan selesema, bronkitis dan sakit tekak. Walaupun keadaan ini selalunya tidak serius.

Konjungtivitis biasanya hilang dalam satu hingga dua minggu tanpa rawatan, tetapi jika anda mempunyai simptom yang teruk, berbincang dengan doktor anda mengenai ubat-ubatan antibiotik atau antiviral.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Diabetes

Pesakit diabetes menghadapi risiko keadaan retinopati diabetes. Retinopati diabetes disebabkan oleh gula dalam darah yang rendah yang mengakibatkan kerosakan pembuluh darah di retina. Saluran darah yang rosak boleh menyebabkan pembengkakan bahagian retina dipanggil makula, dan boleh menyumbang kepada degenerasi makula. Kemerosotan mata akibat diabetes ini boleh menyebabkan penglihatan kabur dan boleh menyebabkan kebutaan jika tidak didiagnosis dan dirawat dengan betul. Sekiranya anda menghidap diabetes, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan mata.

Glaukoma

Orang yang berumur 60 tahun berisiko untuk mendapat glaukoma, keadaan penglihatan yang berkaitan dengan usia. Glaukoma disebabkan oleh tekanan tambahan di mata, yang merosakkan saraf optik, dan katarak, ia biasanya perlahan untuk berkembang. Mereka dengan glaukoma menyedarinya kerana kehilangan penglihatan mengambil tempoh yang panjang.

Tekanan darah tinggi

Anda mungkin tahu bahawa tekanan darah tinggi boleh menyebabkan strok dan penyakit jantung. Apa yang anda tidak tahu ialah ia juga boleh menyebabkan strok mini mata (vein occlusion). Pesakit tidak berasa sakit, tetapi apabila bangun tidur penglihatan mereka menjadi kabur.

Strok

Strok menghalang aliran darah di otak dan boleh menyebabkan penglihatan kabur, penglihatan berganda, atau kehilangan penglihatan yang tiba-tiba. Tanda-tanda amaran strok lain termasuk pening, melemahkan otot muka, masalah keseimbangan, kesukaran bercakap dengan jelas dan kehilangan deria dalam satu lengan.

Multiple Sclerosis (MS)

Penglihatan kabur yang tidak dijangka selalunya merupakan simptom terawal MS. MS menyebabkan keradangan di sepanjang saraf optik yang menyambungkan mata ke otak. Keadaan ini disebut neuritis optik, yang boleh menyebabkan penglihatan kabur, kehilangan penglihatan warna, dan kesakitan apabila anda menggerakkan mata anda. Ia sering berlaku hanya dalam satu mata. Simptom MS, keterukan simptom, dan kekerapan simptom berbeza-beza antara pesakit.

BACA:  Gigit Jari Tengok Anak Kena Cukur Bantal? Tak Usah Risau Lagi

Tumor otak

Tumor di mana-mana bahagian otak anda boleh menyebabkan tekanan berkembang di dalam tengkorak. Itu boleh menyebabkan banyak simptom, termasuk penglihatan kabur. Tanda amaran lain dari tumor otak termasuk mengantuk yang luar biasa, sakit kepala yang tidak akan hilang, kejang, loya, dan muntah.

Bila perlu berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa doktok secepat mungkin jika:

  • Penglihatan anda tiba-tiba berubah dan tidak menjadi lebih baik selepas anda mengedip mata
  • Anda mempunyai rasa sakit di mata anda
  • Anda tidak boleh melihat di kawasan tertentu

Selain itu, Yayasan Penyelidikan Glaucoma mengesyorkan supaya anda melakukan pemeriksaan mata setiap dua hingga empat tahun ketika berusia di bawah 40 tahun, setiap tiga hingga lima tahun dari umur 40 hingga 54, sekurang-kurangnya setiap dua tahun selepas umur 55 tahun dan setiap tahun selepas umur 65 tahun.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
Loading...

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel